Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

AYER KEROH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan tindakan segelintir ahli PKR meninggalkan parti untuk menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama) tidak menjejaskan kestabilan organisasi atau perjalanan parti itu.

Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, kehadiran ribuan perwakilan pada Kongres Nasional PKR tahun ini membuktikan komitmen serta kesetiaan akar umbi masih kukuh bersama parti.

Beliau mengakui terdapat anggota PKR yang memohon untuk keluar parti kerana mendakwa hilang kepercayaan terhadap PKR sebelum memilih menyertai parti yang diasaskan oleh Datuk Seri Rafizi Ramli.

“Saya tidak nafikan memang ada permohonan yang dibuat oleh anggota parti untuk keluar parti. Ada yang memberikan alasan mereka sudah hilang kepercayaan kepada parti dan memilih untuk bersama parti yang ditubuhkan saudara Rafizi.

“Saya tidak tahu berapa peratus, tetapi mengikut laporan dan angka kita, jumlah itu tidak signifikan dan sama sekali tidak menjejaskan perjalanan organisasi PKR,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Kongres Nasional AMK di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Kamil mengulas dakwaan Rafizi, yang juga pengasas bersama Bersama, bahawa parti itu menerima permohonan daripada 25 peratus ahli PKR untuk menyertainya.

Mengulas status kepimpinan nombor dua PKR susulan Nurul Izzah Anwar mengambil cuti daripada tugas sebagai Timbalan Presiden, Kamil berkata, urusan pentadbiran dan persiapan parti berjalan lancar tanpa kekeliruan di peringkat akar umbi.

Katanya, Naib Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dipertanggungjawabkan untuk memangku dan menjalankan tugas Timbalan Presiden sepanjang ketiadaan Nurul Izzah.

“Kekosongan bagi tujuan melaksanakan tugas Timbalan Presiden itu akan digalas oleh Datuk Seri Saifuddin.

“Pembahagian tugas telah dibuat dengan jelas. Pengarah Pilihan Raya kekal digalas Datuk Seri Amirudin Shari, manakala Datuk Seri Saifuddin menjalankan tugas Timbalan Presiden sementara Saudari Nurul Izzah bercuti,” katanya.

Katanya, fokus AMK ketika ini adalah memperkukuh organisasi serta memastikan jentera parti terus bersedia menghadapi cabaran pilihan raya.

Menyentuh tahap moral dan kesiapsiagaan jentera AMK, Kamil berkata, terdapat suntikan semangat baharu dalam kalangan ahli, khususnya bagi mendekati golongan belia menerusi pendekatan politik berasaskan nilai dan pemikiran yang lebih matang.

Related Posts

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

POLITIK dan kuasa tidak seharusnya dijadikan matlamat akhir sebaliknya perlu diterjemahkan sebagai amanah untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat serta membina masa depan Malaysia lebih baik. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

KETEGASAN dan ketenangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan berkaitan konflik Gaza, Israel dan Iran dalam satu wawancara bersama stesen televisyen India, Thanti TV baru-baru ini mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel