Keluar Dewan masuk TikTok, ini ‘level’ Ahli Parlimen pembangkang?

SAYANG seribu kali sayang, sudah ada kelebihan namun tidak digunakan.

Begitulah boleh diumpamakan terhadap sebahagian Ahli Parlimen pembangkang yang bertindak keluar Dewan Rakyat ketika ruang untuk membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji dibuka semalam.

Tengah mencerna apa yang terjadi, mereka sebaliknya mengulas isu sama tetapi menerusi platform media sosial pula.

Paling popular dan dapat sambutan mestilah TikTok dengan mempertikaikan format sidang serta mendakwa hanya penerangan menteri diberikan.

Persoalannya, jika begitu banyak perkara yang mahu dipersoalkan, mengapa tidak kekal di dalam Dewan Rakyat dan menggunakan ruang yang tersedia untuk mengemukakan hujah serta mendapatkan penjelasan secara terus?

Untuk rekod, Dewan Rakyat merupakan medan utama untuk Ahli Parlimen mencabar penjelasan kerajaan, mengemukakan fakta, mempertahankan pendirian dan meminta jawapan berhubung dapatan RCI Tabung Haji.

Lebih-lebih lagi, isu yang dibincangkan bukan perkara kecil kerana ia melibatkan pengurusan institusi penting serta kepentingan jutaan pendeposit Tabung Haji.

Persoalan mengenai kerugian, keputusan pelaburan dan pengurusan dana pendeposit sepatutnya dibawa ke dalam Dewan untuk dibahaskan secara terbuka dan berlandaskan fakta.

Jika ada perkara yang tidak dipersetujui, Ahli Parlimen mempunyai ruang untuk menyatakan bantahan, meminta penjelasan dan mencabar pendirian kerajaan melalui saluran Parlimen.

Tidak banyak manfaatnya jika perbahasan yang tidak berlaku di dalam Dewan kemudian dipindahkan ke media sosial, sedangkan peluang untuk berbahas secara langsung sudah tersedia.

Media sosial sememangnya platform penting untuk menyampaikan pandangan kepada rakyat, tetapi ia tidak sepatutnya menggantikan fungsi Dewan Rakyat sebagai tempat wakil rakyat menjalankan tanggungjawab semak dan imbang.

Dalam isu sebesar RCI Tabung Haji, rakyat berhak melihat Ahli Parlimen menggunakan sepenuhnya ruang yang diberikan untuk mendapatkan jawapan dan memperjuangkan kepentingan pendeposit.

Jika mahu mempersoalkan, masuk Dewan. Jika mahu jawapan, tanya menteri. Jika tidak bersetuju, bahaskan.

Jadi, kenapa kita masih ada ‘level’ pembangkang seperti ini?

Related Posts

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

KERAJAAN Negeri Terengganu wajar diberikan kredit apabila baki hutang awam negeri berjaya dikurangkan dengan ketara. Namun, apabila angka itu digunakan sebagai bukti bahawa hampir RM800 juta hutang berjaya “dilunaskan” semata-mata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa erti kemerdekaan belum sempurna selagi undang-undang ‘warisan penjajah’ yang didakwa menyekat pelaksanaan Islam tidak dihapuskan. Naratif itu kuat kerana menggabungkan tiga perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan