Pengeluaran pasport sah lebih 10 tahun dihentikan serta-merta

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen menghentikan serta-merta pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) yang mempunyai tempoh sah laku melebihi 10 tahun bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pemegang pasport ketika melakukan perjalanan ke luar negara.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, keputusan itu susulan beberapa kes pemegang PMA dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun menghadapi kesulitan ketika melakukan perjalanan ke luar negara.

Katanya, sebelum ini Jabatan Imigresen sudah merujuk perkara berkenaan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan mendapat maklum balas bahawa tiada halangan terhadap pelaksanaan tempoh sah laku PMA melebihi 10 tahun.

“Bagaimanapun, kekeliruan mula timbul apabila beberapa pemegang PMA melebihi 10 tahun menghadapi masalah ketika proses daftar masuk dengan beberapa syarikat penerbangan di luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, Jabatan Imigresen menetapkan tempoh sah laku maksimum PMA adalah 10 tahun bagi menyeragamkan tempoh berkenaan.

Menurutnya, langkah itu turut bertujuan mengelakkan kekeliruan berkaitan keperluan tambahan tempoh sah laku enam bulan yang ditafsirkan secara berbeza oleh sesetengah syarikat penerbangan.

“Susulan penetapan itu, pengeluaran PMA dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun dihentikan sehingga isu berkenaan diselesaikan bersama syarikat penerbangan dan ICAO,” katanya.

Zakaria berkata, pemegang PMA sedia ada yang mempunyai tempoh sah laku melebihi 10 tahun akan diberikan penggantian pasport secara percuma dengan tempoh maksimum 10 tahun.

Katanya, pemegang pasport yang terlibat turut diberikan keutamaan dalam urusan penggantian berkenaan.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen juga akan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada semua syarikat penerbangan bagi membantu pengembara Malaysia yang terjejas ketika berada di luar negara.

“Jabatan Imigresen komited memastikan pelaksanaan PMA sentiasa ditambah baik bagi memberikan kemudahan kepada rakyat, selain memastikan urusan perjalanan antarabangsa dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan teratur,” katanya.

Related Posts

MCMC pantau media sosial secara berterusan, kerjasama rapat dengan PDRM

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi amaran tegas bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempunyai unit khusus yang ditugaskan untuk memantau hantaran di media sosial secara berterusan, terutamanya yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melumpuhkan sindiket yang dipercayai memanipulasi sistem pekerja asing dan menjual pas kerja sementara (e-PLKS) palsu dalam serbuan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX