PPR Ampar Tenang selamat diduduki, KPKT jawab dakwaan

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyangkal dakwaan berhubung isu keselamatan, kelewatan, beban kos pemilikan serta kemudahan infrastruktur Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ampar Tenang, Dengkil.

Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, kerosakan pada 15 Januari lalu berpunca daripada ribut kencang luar biasa yang mengakibatkan daya angkatan pada struktur bumbung 46 unit rumah.

Katanya, kerajaan segera meluluskan peruntukan kecemasan RM263,000 bagi membolehkan kerja pembaikan struktur bumbung dilaksanakan.

“Kerja pembaikan telah dinilai secara teknikal dan disahkan 100 peratus selamat untuk diduduki sebelum penyerahan kunci Fasa 2 dilaksanakan pada 2 April lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menafikan dakwaan projek berkenaan mengalami kelewatan sehingga 10 tahun, sebaliknya berkata PPR Ampar Tenang memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) pada 31 Disember 2024 di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI.

Menurutnya, KPKT juga meneruskan kerja pembaikan walaupun tempoh Liabiliti Kecacatan (DLP) projek berakhir pada 13 Jun lalu.

“Setakat 2 April lalu, seramai 212 daripada 393 penduduk telah menerima kunci rumah masing-masing,” katanya.

Mengenai dakwaan beban kos pemilikan, Aiman Athirah berkata kos sebenar pembinaan dianggarkan melebihi RM215,000 bagi setiap unit, namun peserta hanya perlu melunaskan RM20,000 kepada Perbadanan Nasional Berhad (PNSB) tanpa sebarang bayaran tambahan.

Katanya, kerajaan turut menanggung subsidi penuh berjumlah RM88 juta bagi projek berkenaan.

Dari segi kemudahan, beliau berkata setiap unit berkeluasan 750 kaki persegi dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air, selain kemudahan berkualiti tinggi untuk manfaat komuniti setempat.

“Keseluruhan projek juga telah mendapat 100 peratus CCC, sekali gus menunjukkan ia memenuhi keperluan ditetapkan sebelum diduduki,” katanya.

Related Posts

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

TAWAU – Wanita diseru supaya lebih prihatin terhadap kesihatan payudara dengan menjalani pemeriksaan bersesuaian serta mendapatkan nasihat profesional sekiranya mengesan sebarang perubahan yang membimbangkan. Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

LAHAD DATU – Belanjawan 2027 mencerminkan kesungguhan Kerajaan MADANI memastikan agenda pembangunan negara terus dilaksanakan seiring usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak. Ketua Cabang PKR Lahad Datu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak