10 kru warga asing gagal kemuka dokumen, vesel nelayan ditahan Maritim Malaysia

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menahan sebuah vesel nelayan tempatan selepas 10 kru warga asing di atas vesel itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dalam operasi di perairan Pulau Tiga, pada Selasa.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, penahanan dilakukan kira-kira pukul 5.36 petang ketika rondaan penguatkuasaan pada kedudukan kira-kira dua batu nautika di tenggara Pulau Tiga.

Katanya, pemeriksaan mendapati vesel berkenaan dikendalikan oleh 10 kru termasuk nakhoda terdiri daripada sembilan warga Filipina dan seorang warga Indonesia berumur antara 23 hingga 53 tahun.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah sebagaimana dikehendaki di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati vesel berkenaan disyaki beroperasi menggunakan lesen perikanan yang telah tamat tempoh sekali gus melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Menurutnya, kesemua kru bersama vesel berkenaan ditahan dan diiring ke Jeti Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM300,000,” kongsinya.

Tambahnya, Maritim Malaysia akan terus memperhebat rondaan dan operasi penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan undang-undang di perairan negara.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik