Lelaki ditemukan maut di rumah jagaan, lima individu ditahan

IPOH – Kematian seorang lelaki berusia 54 tahun di sebuah rumah jagaan di Tanjung Rambutan, di sini, yang ditemukan mempunyai beberapa kesan kecederaan pada tubuhnya kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, polis menerima maklumat daripada Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan berhubung kematian penghuni rumah jagaan berkenaan kira-kira jam 2 petang, pada Selasa.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh segera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

“Susulan itu, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, bedah siasat terhadap mayat mangsa dijadualkan dijalankan pada hari ini bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Katanya, setakat ini lima individu telah ditahan bagi membantu siasatan, membabitkan seorang penjaga dan empat penghuni rumah jagaan berkenaan.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta peranan setiap individu yang terlibat,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung kes ini kerana boleh mengganggu siasatan.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik