Jauteh seru warga PDRM sambut perubahan, manfaat teknologi demi tingkat kecekapan

KOTA KINABALU – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Jikun menyeru seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar mengamalkan sikap terbuka terhadap setiap pembaharuan yang diperkenalkan dalam pasukan, selain memanfaatkan kemajuan teknologi bagi memperkukuhkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Beliau berkata, setiap perubahan yang dilaksanakan mempunyai matlamat untuk memperkasakan organisasi dan bukan membebankan anggota.

“semua pegawai dan anggota perlu melaksanakan setiap arahan dengan penuh tanggungjawab tanpa mewujudkan tanggapan negatif terhadap dasar baharu.

“Saya turut menekankan kepentingan penggunaan teknologi moden dalam membantu mempercepatkan urusan penyiasatan dan penyediaan kertas siasatan, sekali gus meningkatkan keberkesanan penyampaian keadilan kepada masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, di IPD Kota Kinabalu.

Menurut Jauteh, dengan kewujudan pelbagai sistem digital, pegawai penyiasat kini mampu mengendalikan jumlah kertas siasatan yang lebih banyak dalam tempoh lebih singkat tanpa menjejaskan kualiti siasatan.

“Saya ingin mengingatkan seluruh warga PDRM supaya tidak mensia-siakan kemudahan yang disediakan, sebaliknya menggunakan teknologi bagi mempercepatkan pelaksanaan tugas dan mengelakkan sikap sambil lewa apabila urusan menjadi lebih mudah.

“Saya juga mendoakan kejayaan semua pegawai yang sedang mengikuti kursus, peperiksaan atau proses kenaikan pangkat serta mengingatkan bahawa setiap amanah yang dipikul dengan ikhlas dan penuh integriti bukan sahaja memberi manfaat kepada organisasi, malah boleh menjadi amal ibadah.

“Saya berharap seluruh warga PDRM terus memperkukuhkan semangat berpasukan, mengelakkan perselisihan berkaitan arahan baharu dan bersama-sama memastikan pasukan terus bergerak maju selaras dengan keperluan semasa,” Tegasnya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok