Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

TAWAU – Pemerolehan dua kren dermaga (quay crane) baharu yang bernilai RM70 juta untuk Pelabuhan Tawau dilihat sebagai langkah strategik bagi mempertingkat infrastruktur pelabuhan negeri sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi Sabah dalam jangka panjang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pelaburan itu mencerminkan komitmen kerajaan negeri menerusi Sabah Ports Sdn Bhd (SPSB) untuk memodenkan infrastruktur kritikal bagi meningkatkan kecekapan serta daya saing pelabuhan-pelabuhan di Sabah, khususnya di Pantai Timur.

“Apabila mula beroperasi kelak, kren-kren ini dijangka meningkatkan produktiviti, kebolehpercayaan operasi serta kecekapan keseluruhan pengendalian kargo di Pelabuhan Tawau.

“Ia juga akan mempercepatkan tempoh pusingan kapal, mengurangkan masa menunggu serta memperkukuh keupayaan pelabuhan untuk mengendalikan kapal yang lebih besar dan jumlah kargo yang semakin meningkat,” katanya pada Majlis Perasmian Kren Baharu di Pelabuhan Tawau, pada Ahad.

Dalam pada itu, Hajiji yakin penaiktarafan Pelabuhan Tawau akan terus memperkukuh peranannya sebagai pintu masuk maritim utama di Pantai Timur Sabah, di samping meningkatkan kesalinghubungan dengan pasaran domestik dan serantau.

Katanya, sistem pelabuhan yang cekap dan berdaya harap amat penting dalam menyokong pertumbuhan sektor-sektor utama, khususnya industri berorientasikan eksport yang menyumbang secara signifikan kepada ekonomi negeri.

Beliau turut memuji Sabah Ports Sdn Bhd, Suria Capital Holdings Berhad serta semua pihak yang terlibat atas komitmen berterusan mereka dalam mempertingkatkan infrastruktur maritim negeri demi menyokong agenda pembangunan Sabah.

Sementara itu, Pengerusi Suria Capital Holdings Berhad, Datuk Seri Abd Rahman Dahlan berkata, pelaburan tersebut mencerminkan komitmen jangka panjang Kumpulan Suria Capital terhadap pembangunan infrastruktur strategik.

“Pelabuhan Tawau memainkan peranan penting dalam menyokong perdagangan, industri serta hubungan serantau di Pantai Timur Sabah.

“Pelaburan RM70 juta ini mencerminkan komitmen kami untuk melengkapkan pelabuhan dengan infrastruktur dan peralatan yang diperlukan bagi memenuhi permintaan perdagangan pada masa hadapan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi Tawau dan kawasan sekitarnya,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, Pengarah Urusan Kumpulan Suria Capital Holdings Berhad dan SPSB, Datuk Ahmad Rizal Dahli berkata, pemerolehan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan SPSB untuk memodenkan dan memperkukuh Pelabuhan Tawau.

“Kren-kren baharu ini merupakan satu lagi kemajuan penting dalam pembangunan Pelabuhan Tawau.

“Apabila beroperasi kelak, ia akan meningkatkan kecekapan dan kebolehpercayaan aktiviti pengendalian kargo, mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada pengguna pelabuhan serta menyokong keperluan perdagangan dan logistik Sabah yang terus berkembang,” ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman dan Pengerusi Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah, Datuk Donald Mojuntin.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan penting diselesaikan dengan selamat, dengan 20 penerbangan terjejas setakat hari ini. Malaysia Airports…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK