Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

TAWAU – Perolehan dua unit kren dermaga (quay crane) baharu bernilai RM70 juta dijangka meningkatkan kecekapan operasi pengendalian kargo di Pelabuhan Tawau.

Penerimaan kren terbabit, sekali gus mengurangkan kesesakan serta mempercepatkan urusan logistik yang menjadi antara keperluan utama pemain industri di pantai timur Sabah.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, pelaburan itu diyakini mampu menangani isu operasi yang dibangkitkan pemain industri dan persatuan logistik sebelum ini.

“Dengan adanya jentera baharu ini, saya yakin isu-isu yang telah dibangkitkan oleh pemain industri termasuk persatuan-persatuan logistik dapat ditangani dengan baik.

“Saya berharap jentera baharu yang dijangka mula beroperasi September ini dapat membantu meningkatkan kecekapan operasi di pelabuhan utama kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor pada majlis pelancaran dua unit kren dermaga baharu di Pelabuhan Tawau, di sini, hari ini.

Menurut Ewon, sejurus dilantik menerajui Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah pada Mac lalu, beliau mengadakan lawatan kerja ke Pelabuhan Tawau bagi meneliti operasi pelabuhan serta perancangan pembangunan yang dilaksanakan oleh Sabah Ports Sdn Bhd.

Katanya, hasil lawatan itu serta maklum balas daripada pemain industri mendapati terdapat keperluan untuk meningkatkan keupayaan jentera pengendalian kargo di pelabuhan berkenaan.

“Saya juga menerima beberapa aduan daripada pemain-pemain industri sebelum itu berkaitan operasi jentera yang ada ketika itu.

“Perkara ini telah dibincangkan dalam Kabinet Sabah dan Suria Capital Holdings Berhad selaku parent company Sabah Ports Sdn Bhd diminta untuk meningkatkan kecekapan melalui perolehan jentera-jentera baharu.

“Syukur, hari ini, jentera baharu dua quay crane telah siap dipasang dan kini dalam proses semakan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH),” kongsinya.

Dalam pada itu, Ewon turut merakamkan penghargaan kepada Suria Capital Holdings Berhad, Sabah Ports Sdn Bhd dan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah atas kerjasama memastikan perolehan serta pemasangan jentera itu dapat direalisasikan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Suria Capital Holdings Berhad, Sabah Ports Sdn Bhd dan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah atas kerjasama menjayakan agenda pembangunan Sabah ini selaras dengan Halatuju Sabah Maju Jaya 2.0 dan Wawasan Sabah First,” katanya.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan penting diselesaikan dengan selamat, dengan 20 penerbangan terjejas setakat hari ini. Malaysia Airports…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK