JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus memperkasakan aplikasi MyJPJ menerusi penambahbaikan berterusan serta pengenalan pelbagai ciri baharu menggunakan teknologi terkini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, MyJPJ kini menjadi antara aplikasi kerajaan paling popular dengan hampir 15 juta pengguna berdaftar.

Kata beliau, penambahbaikan terhadap aplikasi itu sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa memandangkan ia digunakan secara meluas oleh orang ramai.

“MyJPJ ini adalah satu aplikasi super app kerajaan yang paling popular yang mana sekarang ini kita ada hampir 15 juta pengguna berdaftar.

“Jadi MyJPJ ini adalah aplikasi kerajaan yang tengah ‘hot’ sekarang dan digunakan oleh hampir 15 juta pengguna. Apabila ada beberapa isu, itu normal dan dari semasa ke semasa, kita memang membuat penambahbaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Kampung dan Sekolah Angkat Madani di Sekolah Kebangsaan Titi Gajah, di sini hari ini.

Perkembangan mengenai aplikasi itu yang dijelaskan oleh Aedy Fadly, bagi mengulas mengenai isu gangguan aplikasi dan masalah pembayaran dalam talian yang dibangkitkan bekas Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi, baru-baru ini.

Menurut Aedy Fadly, MyJPJ yang dibangunkan sebagai aplikasi sehenti kerajaan akan terus diperkasakan dengan pelbagai ciri baharu menggunakan teknologi terkini.

“Terdapat pelbagai lagi ciri-ciri (baharu) berkaitan MyJPJ ini yang mana kita akan panggil untuk media preview dalam masa terdekat ini, berkemungkinan pada September ini.

“Kita akan tunjukkan ciri-ciri dan fungsi baharu, teknologi terkini untuk aplikasi MyJPJ ini yang tidak pernah kita tunjukkan sebelum ini. Memang banyak, jadi tunggu dulu,” jelasnya.

Tambahnya, pengguna yang berdepan sebarang masalah berkaitan aplikasi berkenaan boleh menyalurkan aduan atau laporan kepada pasukan teknikal JPJ untuk tindakan lanjut.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan penting diselesaikan dengan selamat, dengan 20 penerbangan terjejas setakat hari ini. Malaysia Airports…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK