Polis siasat laporan perlekeh kurniaan pingat kebesaran Perlis

ARAU – Polis masih belum mengklasifikasikan siasatan berhubung satu hantaran di Facebook yang didakwa memperlekehkan pengurniaan pingat kebesaran negeri Perlis, meskipun dua laporan polis telah diterima berhubung perkara itu hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, laporan berkenaan dibuat oleh dua lelaki tempatan berusia lingkungan 35 dan 40 tahun di Balai Polis Kangar selepas mereka mendakwa menemui satu hantaran dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook menggunakan nama Mohd Syafeeq.

Menurutnya, hantaran itu dikatakan merujuk kepada pengurniaan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) kepada Ketua Dewan Ulamak Pas Perlis, Ahmad Adnan Fadzil sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Perlis.

“Pengadu mendakwa pemilik akaun itu meninggalkan komen berbunyi ‘Pingat Jasa Khianat pun dapat’ yang disifatkan sebagai memperlekehkan pengurniaan anugerah dikurniakan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

“Mereka berpandangan kenyataan tersebut boleh ditafsirkan sebagai penghinaan terhadap anugerah diraja serta berpotensi menimbulkan persepsi negatif terhadap Institusi Diraja Perlis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua pengadu turut menyerahkan tangkap layar hantaran berkenaan sebagai bahan rujukan bagi membantu siasatan polis.

Katanya, individu yang menggunakan nama Facebook Mohd Syafeeq itu dipercayai berasal atau menetap di kawasan Sungai Padang, Perlis.

Tambah beliau, pengadu turut berpandangan hantaran berkenaan berpotensi menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat serta menyentuh isu melibatkan agama, kaum dan institusi diraja atau 3R.

“Setakat ini siasatan masih dijalankan dan polis belum mengklasifikasikan kes tersebut,” katanya.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX