Vesel pukat tunda langgar syarat lesen, 31 set bubu naga dirampas

LUMUT – Cubaan sebuah vesel pukat tunda menjalankan aktiviti perikanan secara menyalahi syarat lesen terbongkar selepas ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Perak, pada Khamis.

Vesel pukat tunda Kelas B itu ditahan kira-kira jam 8 pagi pada kedudukan 3.58 batu nautika ke barat Pulau Tukun Terindak selepas dikesan menjalankan aktiviti perikanan oleh kapal ronda Maritim Malaysia yang melaksanakan rondaan menerusi Op Sayong, Op Khas Tanjung 2 dan Op Tiris.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, pemeriksaan mendapati vesel terbabit dikendalikan seorang tekong bersama dua kru warga Myanmar berusia antara 39 hingga 49 tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati vesel itu dipercayai melakukan beberapa kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, termasuk menjalankan aktiviti perikanan kurang daripada lima batu nautika dari pantai.

“Selain itu, pemilik tidak mengusahakan sendiri vesel berkenaan dan vesel turut menggunakan pukat yang mempunyai saiz mata kurang daripada 38 milimeter.

“Dua kru warga asing terbabit turut disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki berada di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kesemua nelayan terbabit ditahan untuk siasatan, manakala vesel, hasil tangkapan ikan serta peralatan menangkap ikan dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi tindakan lanjut.

Dalam kes berasingan, Maritim Malaysia turut merampas 31 set bubu naga atau bubu kamban yang dianggarkan bernilai hampir RM4,000 susulan aduan orang awam di perairan kira-kira 0.5 batu nautika ke barat muara Sungai Tiang, petang Khamis.

Mohamad Shukri berkata, rampasan dilakukan kira-kira jam 2 petang selepas pasukan bot ronda menemui beberapa pelampung mencurigakan di permukaan air ketika menjalankan rondaan rutin di kawasan berkenaan.

“Kesemua bubu naga itu dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Pemilik bubu naga boleh disiasat di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan,” katanya.

Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap