Ibrahim Ali dakwa Rais Yatim melampaui batas dalam isu institusi diraja Negeri Sembilan

LENGGENG – Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Dr Ibrahim Ali mendakwa penglibatan veteran politik, Tan Sri Rais Yatim dalam isu berkaitan institusi diraja Negeri Sembilan sudah melampaui batas sehingga mencetuskan polemik politik.

Beliau berkata, tindakan Rais yang memberikan pandangan berkaitan isu berkenaan seolah-olah meletakkan dirinya sebagai pihak yang memahami aspek undang-undang serta berhak memberi nasihat mengenai perkara membabitkan institusi diraja.

Menurut Ibrahim, keputusan berkaitan penganugerahan dan penarikan darjah kebesaran adalah hak Raja yang perlu dihormati semua pihak.

“Dia seolah-olah dialah yang betul, dia tahu undang-undang. Dia boleh beri pandangan, boleh beri nasihat.

“Tetapi berbeza dengan penglibatan dia ini, kita lihat sampai hadir di majlis pertabalan Raja baharu. Jadi apabila Tuanku menarik balik darjah kebesaran, saya tidak tahu kenapa perkara itu dipersoalkan.

“Mungkin wajar, sebab kalau dikatakan hak, itu hak Raja dari segi anugerah,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) di sini, pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menarik balik darjah kebesaran yang pernah dikurniakan kepada Rais.

Ibrahim mendakwa tindakan Rais yang juga pengerusi Parti Wawasan Negara (Wawasan) dalam isu berkenaan telah menimbulkan polemik dan memberi gambaran seolah-olah wujud usaha mencampuri urusan institusi diraja.

Beliau berkata, perkara membabitkan institusi diraja tidak seharusnya dijadikan ruang untuk pertikaian politik kerana ia melibatkan adat serta kedudukan Raja.

Dalam pada itu, Ibrahim turut mengaitkan kemelut politik yang berlaku di Negeri Sembilan dengan UMNO negeri tersebut.

“Yang disebut terlibat dalam krisis di Negeri Sembilan ini ialah UMNO Negeri Sembilan yang diperturunkan oleh jalur kepimpinan mereka. Dialah ketuanya.

“Bila jadi macam ini, dia ada semua pula. Masalah kita tidak selesai kalau kita terus panjangkan perkara ini,” katanya.

Beliau berkata rakyat Negeri Sembilan mempunyai pilihan lain dalam menentukan sokongan politik dan tidak seharusnya terikat kepada satu parti sahaja.

“Ada banyak pilihan, ada banyak parti. Jadi apa yang kita nak, terlalu bergantung sangat dengan UMNO ini? Tak bolehlah,” katanya.

Ibrahim turut menyeru rakyat Negeri Sembilan, khususnya golongan muda serta ibu bapa, supaya keluar mengundi dan membuat keputusan yang tepat ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada Sabtu.

“Jangan lupa keluar mengundi. Anak-anak muda terutamanya mesti buat keputusan yang betul. Orang tua pun, anak-anak muda termasuk ibu bapa mengundi,” katanya.

Related Posts

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

KUALA PILAH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan pengundi supaya tidak menggunakan telefon bimbit di saluran mengundi ketika menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan esok, selain mematuhi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Pengundi di Negeri Sembilan diseru membuat pilihan tepat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) esok dengan memilih pemimpin yang berintegriti dan amanah bagi menjamin kesinambungan pentadbiran negeri yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan