SFC, Sarawak Energy perhebat pemuliharaan alam tanam pokok

LUNDU – Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan Sarawak Energy Berhad terus memperkukuh usaha pemuliharaan biodiversiti negeri ini menerusi inisiatif penanaman pokok.

Kerjasama strategik itu diterjemahkan melalui penganjuran Program Penanaman Pokok Sarawak Energy dan Media bertempat di Santuari Hidupan Liar Samunsam pada Selasa.

Timbalan Pengurus Besar Konservasi SFC, Madhan Kiplie berkata, inisiatif berkenaan membuktikan komitmen berterusan pihak kerajaan dan sektor korporat dalam memelihara khazanah alam semula jadi.

Menurutnya, program yang menyokong agenda pembangunan mampan Sarawak itu telah mula digerakkan sejak tahun 2022.

Jelas beliau, ia kini diperluas ke beberapa Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA) yang lain seperti Rizab Semula Jadi Bukit Lima, Piasau, serta Taman Negara Paya Bakau Rajang.

“Sehingga tahun lalu, sebanyak 36,214 pokok daripada kira-kira 30 spesies telah berjaya ditanam menerusi kerjasama ini.

“Ia bukan sahaja memulihkan kawasan hutan yang terjejas, malah memberi peluang kepada komuniti setempat untuk terlibat dalam pengumpulan benih dan penjagaan pokok,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Penanaman Pokok Sarawak Energy dan Media pada Isnin.

Mengulas lanjut, Madhan juga merangkap Timbalan Controller Hidupan Liar Sarawak berkata, seramai enam penduduk dari Kampung Pueh dan Kampung Siru Dayak telah dilibatkan secara langsung dalam aktiviti pemuliharaan di santuari berkenaan.

Menyentuh mengenai Santuari Hidupan Liar Samunsam, beliau menjelaskan kawasan seluas 22,798 hektar yang diwartakan pada 1979 itu merupakan santuari pertama seumpamanya di Sarawak.

Tambahnya, kawasan itu diwujudkan bagi melindungi monyet belanda selain menjadi habitat hidupan liar lain seperti lotong Sarawak, babi berjanggut, buaya muara, dan burung kenyalang.

Pada kemuncak program tersebut, sebanyak 600 batang pokok daripada tujuh spesies tempatan telah berjaya ditanam.

Antara pokok yang ditanam ialah spesies engkabang, pelanjau, bintangor, ubah, nyatoh tembaga, resak, dan dedap yang berfungsi sebagai sumber makanan penting kepada haiwan.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan