Lima warga Myanmar ditahan bersama vesel nelayan kelas C, langgar syarat lesen

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menahan sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) Kelas C bersama lima nelayan warga Myanmar yang disyaki melanggar syarat lesen perikanan serta melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, penahanan dilakukan kira-kira jam 1 petang, pada Ahad di kedudukan 9.12 batu nautika barat daya Pulau Samak ketika vesel berkenaan sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan.

Menurutnya, tindakan itu dilaksanakan oleh kapal ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan menerusi Op Sayong, Op Khas Tanjung 2 dan Op Tiris di perairan Perak.

“Hasil pemeriksaan mendapati vesel itu dikendalikan seorang tekong bersama empat kru warga Myanmar berusia antara 25 hingga 43 tahun.

“Siasatan awal mendapati vesel berkenaan disyaki melanggar syarat sah lesen di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang daripada 15 batu nautika dari pantai atau pulau,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohamad Shukri berkata, pemeriksaan lanjut turut mendapati semua kru warga asing terbabit gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah, sekali gus disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Beliau berkata, kesemua nelayan itu ditahan bagi membantu siasatan, manakala vesel, hasil tangkapan serta peralatan menangkap ikan dirampas sebelum dibawa ke Jeti Maritim Malaysia untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut.

Menurutnya, Maritim Malaysia akan terus memperhebat rondaan dan operasi penguatkuasaan bagi memastikan semua pengusaha vesel mematuhi undang-undang serta syarat lesen perikanan yang ditetapkan.

“Tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang demi menjamin kelestarian sumber perikanan dan keselamatan perairan negara,” katanya.

Related Posts

200 etnik Rohingya dipindahkan dari Penaga ke UNHCR Kuala Lumpur

SEBERANG PERAI – Seramai kira-kira 200 etnik Rohingya yang menetap di perkampungan nelayan Kuala Muda, Penaga, Seberang Perai Utara dipercayai telah dipindahkan dari kawasan itu, mulai petang semalam. Kesemua mereka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SFC, Sarawak Energy perhebat pemuliharaan alam tanam pokok

LUNDU – Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan Sarawak Energy Berhad terus memperkukuh usaha pemuliharaan biodiversiti negeri ini menerusi inisiatif penanaman pokok. Kerjasama strategik itu diterjemahkan melalui penganjuran Program Penanaman Pokok…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ahmad Faez pertaruh pengalaman usahawan demi kesejahteraan rakyat Labu

Ahmad Faez pertaruh pengalaman usahawan demi kesejahteraan rakyat Labu

200 etnik Rohingya dipindahkan dari Penaga ke UNHCR Kuala Lumpur

200 etnik Rohingya dipindahkan dari Penaga ke UNHCR Kuala Lumpur

Hanya Kerajaan MADANI berani isytihar tanah rizab Melayu di KL 

Hanya Kerajaan MADANI berani isytihar tanah rizab Melayu di KL 

Lima warga Myanmar ditahan bersama vesel nelayan kelas C, langgar syarat lesen

Lima warga Myanmar ditahan bersama vesel nelayan kelas C, langgar syarat lesen

SFC, Sarawak Energy perhebat pemuliharaan alam tanam pokok

SFC, Sarawak Energy perhebat pemuliharaan alam tanam pokok

Dialog pelancongan lonjak kerjasama ASEAN, Malaysia dan China

Dialog pelancongan lonjak kerjasama ASEAN, Malaysia dan China