Hanya Kerajaan MADANI berani isytihar tanah rizab Melayu di KL 

TAMPIN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar dakwaan bahawa kerajaan MADANI tidak menjaga kepentingan kumpulan bumiputera, khususnya kaum Melayu.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, kerajaan telah melaksanakan langkah yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kerajaan sebelum ini apabila mengisytiharkan tanah rizab Melayu baharu di Kuala Lumpur buat pertama kali sejak negara merdeka pada 1957.

Anwar berkata, tindakan itu membuktikan komitmen kerajaan dalam memartabatkan kepentingan orang Melayu melalui tindakan dan dasar, bukannya sekadar retorik politik.

“Sejak merdeka pada 1957, tidak ada tanah rizab Melayu baharu di Kuala Lumpur … yang ada semua yang dijual. (Apabila) saya ambil alih (kepimpinan negara) pada 2022, pada 2023 kita rampas tanah Bandar Malaysia 480 ekar (194.3 hektar) (yang sebelum ini) menjadi milik negara China dan syarikat (swasta). Saya rampas sebab perkara ini langgar peraturan.

“Apabila saya rampas, saya ambil alih untuk dijaga oleh Petronas dan Khazanah (Nasional) kerana ada badan yang dikuasai oleh Melayu. Dalam kawasan itu, 50 ekar (20 hektar) saya buat rizab (tanah Melayu), tanah yang paling berharga di Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, pada Isnin.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman dan Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman.

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan, cadangan itu turut tidak mendapat bantahan daripada DAP ketika dibawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

Beliau berkata, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang juga Menteri Pengangkutan hanya bertanyakan alasan perkara itu mahu dilaksanakan kerajaan.

“Saya kata sebab tanah Melayu di Kuala Lumpur itu makin meleset. Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memberikan tanda yang jelas. Dia (Loke) berkata okey.

“Mesyuarat Jemaah Menteri tidak ada yang bantah. Jadi, kali pertama dalam sejarah sejak Merdeka (pada) 1957, Kerajaan MADANI mengisytiharkan tanah paling berharga di Kuala Lumpur sebagai tanah rizab Melayu,” katanya.

Related Posts

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

PORT DICKSON – Tindakan lebih tegas perlu dilaksanakan kerajaan termasuk mengharamkan mana-mana individu atau pihak yang secara terbuka mempertikaikan asal usul orang Melayu, bagi mengekang perbuatan itu daripada terus berulang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ahmad Faez pertaruh pengalaman usahawan demi kesejahteraan rakyat Labu

Ahmad Faez pertaruh pengalaman usahawan demi kesejahteraan rakyat Labu

200 etnik Rohingya dipindahkan dari Penaga ke UNHCR Kuala Lumpur

200 etnik Rohingya dipindahkan dari Penaga ke UNHCR Kuala Lumpur

Hanya Kerajaan MADANI berani isytihar tanah rizab Melayu di KL 

Hanya Kerajaan MADANI berani isytihar tanah rizab Melayu di KL 

Lima warga Myanmar ditahan bersama vesel nelayan kelas C, langgar syarat lesen

Lima warga Myanmar ditahan bersama vesel nelayan kelas C, langgar syarat lesen

SFC, Sarawak Energy perhebat pemuliharaan alam tanam pokok

SFC, Sarawak Energy perhebat pemuliharaan alam tanam pokok

Dialog pelancongan lonjak kerjasama ASEAN, Malaysia dan China

Dialog pelancongan lonjak kerjasama ASEAN, Malaysia dan China