Jalan gelap, ATM jauh jejas kehidupan harian penduduk Rompin

ROMPIN – Ketiadaan kemudahan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan pencahayaan jalan yang tidak menyeluruh antara keluhan penduduk di Rompin yang disifatkan masih berdepan kekangan kemudahan asas.

Pemandu lori, Hissam Abdul Hamid berkata, ketiadaan ATM di kawasan tertentu menyebabkan penduduk terpaksa melakukan perjalanan kira-kira 20 minit hanya untuk mengeluarkan wang.

Katanya, keadaan itu menyukarkan urusan harian penduduk, terutama mereka yang bergantung kepada kemudahan berkenaan untuk mendapatkan wang tunai.

“Masalah utama ialah ATM. Hendak keluarkan duit pun perlu pergi jauh. Dalam 20 minit juga perjalanan, kalau dari Gemas pun lebih kurang 20 minit.

“Bukan semua tempat ada ATM. Bila tiada, memang menyusahkan penduduk,” katanya The Malaysia Press (TMP), di sini.

Hissam berkata, keadaan Jalan Bahau-Rompin yang kurang pencahayaan pula menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pengguna, terutama pada waktu malam.

Katanya, terdapat kawasan yang masih gelap dan keadaan itu berisiko kepada pengguna jalan raya berikutan jumlah kenderaan yang melalui laluan berkenaan.

“Tempat yang tidak ada lampu memang bahaya. Kadang-kadang kita pun takut apabila melalui kawasan berkenaan, terutama waktu malam.

“Kereta pun banyak. Kalau jalan gelap, memang bahaya,” katanya.

Beliau berkata, isu kemudahan asas berkenaan perlu dilihat secara lebih menyeluruh kerana ia berkait rapat dengan kehidupan harian dan keselamatan penduduk.

Selain itu, Hissam berharap pembangunan ekonomi di Rompin turut dipertingkatkan bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan kegiatan ekonomi untuk masyarakat setempat.

Katanya, pembangunan yang lebih rancak bukan sahaja mampu meningkatkan taraf hidup penduduk, malah memastikan kawasan berkenaan tidak terus ketinggalan dari segi kemudahan dan peluang ekonomi.

“Pembangunan ekonomi penting. Kalau ada lebih banyak aktiviti dan peluang ekonomi, penduduk boleh mendapat manfaat.

“Kita mahu Rompin terus membangun dan masalah yang dihadapi penduduk diberi perhatian,” katanya.

Related Posts

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

SEREMBAN – Istana Negeri Sembilan menegaskan sebarang dakwaan yang mengaitkan pihaknya dengan mana-mana parti politik adalah tidak benar. Menerusi kenyataan media dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, semua parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan gelap antara isu dibangkitkan penduduk DUN Chembong

REMBAU – Isu infrastruktur termasuk jalan yang gelap antara perkara yang dibangkitkan penduduk sepanjang kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chembong, Danish Nazran Murad. Danish berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar

Jalan gelap, ATM jauh jejas kehidupan harian penduduk Rompin

Jalan gelap, ATM jauh jejas kehidupan harian penduduk Rompin

Kisah Tompok cerminan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga Miri

Kisah Tompok cerminan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga Miri

Akibat campur tangan politik berlebihan, FELDA rugi RM10 bilion

Akibat campur tangan politik berlebihan, FELDA rugi RM10 bilion