RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar

TAMPIN – Tiada mana-mana individu akan dilindungi sekiranya didapati bersalah berdasarkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, prinsip kerajaan jelas iaitu mereka yang tidak bersalah perlu dipertahankan, manakala individu yang terbukti melakukan kesalahan mesti didakwa dan menerima hukuman mengikut undang-undang.

Beliau yang juga Menteri Kewangan turut menyerahkan kepada orang ramai untuk membaca laporan RCI TH itu selepas ia didedahkan kepada umum.

“Kalau tidak salah, pertahankan. Kalau salah, dakwa. Kalau dihukum masuk penjara, masuk penjara. Itu bukan urusan saya.

“Sistem kita menetapkan siasatan itu (dibuat oleh) badan siasatan, buat pertuduhan itu (oleh) Peguam Negara, hukum (dibuat) para hakim,” katanya ketika berucap dalam Program Semarak Kenegaraan di Dewan Garisson, Kem Syed Sirajuddin, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, proses keadilan di negara ini perlu berjalan secara bebas tanpa campur tangan mana-mana pihak termasuk dirinya selaku Perdana Menteri.

Menurut beliau, siasatan adalah tanggungjawab badan penyiasat, pendakwaan di bawah bidang kuasa Peguam Negara, manakala hukuman ditentukan oleh mahkamah.

“Saya singgung (sentuh) hal (RCI TH) ini kerana negara bagi saya tidak mungkin pertahan keamanannya kalau orang diamanahkan itu mengkhianati amanah,” katanya.

“Sistem kita menetapkan siasat, itu badan siasat. Buat pertuduhan, itu Peguam Negara. Hukum, itu hakim. Itu bukan urusan Perdana Menteri,” katanya.

Anwar berkata, kerajaan dijangka membuat keputusan berhubung laporan tersebut dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu ini selepas beliau selesai meneliti kandungannya.

“Mudah-mudahan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari Rabu, kita ada keputusan. Ada laporan, saya sudah membacanya,” katanya.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM