Kisah Tompok cerminan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga Miri

MIRI – Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang menyarankan agar kisah anjing jalanan bernama Tompok diangkat sebagai simbol kesetiaan dan identiti bandar raya ini pada Ahad.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut berkata, penceritaan tersebut bukan sekadar mengenai seekor haiwan terbiar, sebaliknya mencerminkan hubungan tulus serta semangat keprihatinan komuniti.

Beliau berkata demikian ketika hadir memeriahkan Program Hari Keluarga (Reunion) Tompok 2026 yang berlangsung di Pantai Tompok pada Ahad.

Menurutnya, pada mulanya beliau menyangka haiwan itu hanyalah anjing jalanan biasa yang disayangi penduduk, namun menyedari nilai besar kisah tersebut selepas mengetahui persahabatannya bersama seorang individu dikenali sebagai Din Besut.

“Kisah ini menyentuh hati kerana ia memperlihatkan ikatan ikhlas antara manusia dan haiwan, selain menggambarkan semangat belas ihsan masyarakat Miri yang masih kukuh,” katanya.

Adam Yii berkata, jika dunia mengenali legenda Hachiko di Jepun sebagai lambang kesetiaan, Tompok juga mempunyai kisah istimewa yang berpotensi menjadi ikon kebanggaan bagi Miri.

Sehubungan itu, beliau berharap penceritaan mengenai Tompok dapat diperkenalkan kepada pelancong luar agar mereka turut menghargai nilai kemanusiaan masyarakat setempat selain melawat tarikan pelancongan sedia ada.

“Kisah Tompok sewajarnya terus dipelihara sebagai sebahagian daripada identiti dan kebanggaan bandar raya ini,” ujarnya.

Beliau pada masa sama merakamkan penghargaan kepada barisan sukarelawan yang memainkan peranan penting dalam memelihara legasi Tompok serta menjaga kebajikan haiwan terbiar di daerah berkenaan.

Program Hari Keluarga Tompok 2026 itu berjaya menghimpunkan para pencinta haiwan dan masyarakat setempat bagi memperingati kisah haiwan jalanan yang menyatukan perpaduan warga Miri.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan