‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

KUALA PILAH – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh, Mohd Aidil Abdullah mengakui turun sebagai underdog dalam persaingan tiga penjuru, namun yakin kedekatannya dengan masyarakat setempat menjadi kelebihan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Mohd Aidil berkata, sebagai anak jati Juasseh, beliau memahami denyut nadi masyarakat setempat termasuk golongan muda yang menjadi antara kelompok penting dalam menentukan hala tuju kawasan berkenaan.

“Saya ini orang sini, orang Juasseh. Saya sentiasa ada untuk mendengar denyut nadi semua lapisan, khususnya anak muda dan saya rasa itu kelebihan buat saya,” katanya.

Menurutnya, program turun padang itu bukan sekadar bertujuan mendapatkan sokongan, sebaliknya menjadi ruang untuk mendengar sendiri masalah dan keperluan penduduk.

Katanya, beliau mahu memastikan setiap pandangan serta amanah yang disampaikan rakyat terus diberikan perhatian sekiranya diberi mandat pada PRN kali ini.

“Dengan kudrat yang ada, kita akan ‘walkabout’ di setiap kampung di bawah DUN Juasseh ini. Usaha ini tidak akan terhenti di sini sahaja.

“Dengan izin dan mandat yang diberikan nanti, kita akan teruskan hingga ke masa akan datang,” katanya.

Mohd Aidil berkata, pengalaman beliau sebagai penyelaras DUN sebelum ini turut memberi kelebihan kerana sebahagian penduduk sudah mengenalinya dan lebih selesa menyampaikan permasalahan secara terus.

“Bila kita sampai, kita dapat lihat sendiri permasalahan rakyat. Contohnya hari ini, di belakang kita ada sawah dan tali air. Jadi permasalahan ini kita tahu dan sepatutnya sektor pertanian boleh ditingkatkan,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan turun padang secara berterusan akan membolehkan isu yang dihadapi masyarakat dikenal pasti dengan lebih tepat sebelum dibawa kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.

Pada PRN Negeri Sembilan kali ini, Mohd Aidil berdepan persaingan tiga penjuru dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ismail Lasim dan calon Perikatan Nasional (PN)-Bersatu, Mohd Zuhaimi Md Yusof.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

Sepang kembali dalam kalendar Formula 1, GP Bahrain 2026 diadakan di Malaysia

Sepang kembali dalam kalendar Formula 1, GP Bahrain 2026 diadakan di Malaysia

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin