‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

PORT DICKSON – Tindakan lebih tegas perlu dilaksanakan kerajaan termasuk mengharamkan mana-mana individu atau pihak yang secara terbuka mempertikaikan asal usul orang Melayu, bagi mengekang perbuatan itu daripada terus berulang.

Pakar Sejarah Sosial dan Intelektual, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata, kedudukan orang Melayu di Malaysia bukannya satu perkara yang boleh dipertikaikan sewenang-wenangnya kerana ia bersandarkan fakta geografi dan sejarah yang kukuh sejak azali.

“Orang Melayu di Malaysia adalah pribumi geografi dan sejarah Kepulauan Melayu sejak azali. Apa hak orang lain untuk mempersoalkan hakikat mutlak itu? Hentikan dakwaan-dakwaan palsu ini.

“Justeru, pihak berkuasa dan pembuat dasar perlu segera mengambil langkah proaktif meluluskan perundangan khusus demi menjaga keharmonian tanah air serta mempertahankan maruah warisan pribumi daripada terus dirobek,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Mengulas lanjut, Ahmad Murad berkata, kerajaan digesa menggubal satu akta khusus bagi memperuntukkan kesalahan jenayah terhadap mana-mana pihak yang bertindak mempertikaikan atau mempersoalkan asal usul orang Melayu di negara ini.

Beliau beliau yang juga merupakan Professor Institusi Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) berpendapat, peruntukan sedia ada seperti Akta Hasutan 1948 tidak lagi mencukupi.

“Tindakan tegas dan liputan undang-undang khusus amat diperlukan bagi memelihara hakikat sejarah serta mempertahankan identiti pribumi daripada terus menjadi mangsa spekulasi dan naratif palsu.

“Negara perlu menggubal akta khusus memperuntukkan kesalahan sesiapa yang mempersoalkan asal usul orang Melayu.
“Negara kini diancam dengan fenomena ‘Melayu phobia’.

“Haramkan sesiapa sahaja atau pihak mana sekalipun yang mempersoal secara khusus asal usul pribumi Melayu di negara ini. Enough is enough,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Sementara itu, beliau turut melahirkan kekesalan terhadap segelintir media dan portal berita tempatan yang dilihat terlalu ghairah melaporkan serta memberi ruang pandangan kepada naratif tidak tepat berhubung sejarah keberadaan orang Melayu di Malaysia.

“Tindakan menyebarkan paparan yang salah (misrepresentation) dan berita palsu berkenaan asal usul bangsa pribumi tidak wajar dilindungi atau dibiarkan atas alasan kebebasan bersuara, kebebasan akhbar mahupun kebebasan akademik.

“Apakah paparan sedemikian tidak tertakluk kepada kesalahan Berita Palsu atau pemalsuan fakta?

“Tiada negara di dunia yang mana warga negaranya menampilkan prasangka lalu menghina pribumi negara itu secara terbuka, kecuali di beberapa buah negara Barat dan di Asia.

“Di Malaysia, ia telah menjadi satu bentuk fobia di mana pribumi Melayu dinafikan hakikat asal usul mereka. Penghinaan dan ungkapan kebencian (hate speech) seperti ini tidak boleh diteruskan sama sekali,” katanya.

Terdahulu, isu membabitkan identiti, hakikat sejarah serta kedudukan orang Melayu kini kembali menjadi perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat berikutan kenyataan kontroversial Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, baru-baru ini.

Kenyataan Muhammad Sanusi yang menyentuh sensitiviti perkauman dengan menyebut bahawa masyarakat lain seperti kaum Cina dan India mempunyai ‘negara asal’ masing-masing manakala orang Melayu hanya berbumbungkan Tanah Melayu telah mencetuskan polemik serta maklum balas berantai daripada pelbagai pihak.

Related Posts

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

SHANGHAI – Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan agenda lawatan kerja beliau ke China hari ini dengan memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama ekonomi, pelaburan dan pembangunan kemahiran. Perdana Menteri dijadual mengadakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

SHANGHAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan keyakinan terhadap kemampuan 22 anak muda Malaysia yang membawa cabaran negara pada Pertandingan Kemahiran Dunia Shanghai 2026. Beliau berkata, penyertaan mereka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

  • By Fatin
  • September 23, 2026
Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak

Belum masa Abang Jo bersara, rakyat Sarawak mahu beliau pimpin hingga 2030 – Abdullah

Belum masa Abang Jo bersara, rakyat Sarawak mahu beliau pimpin hingga 2030 – Abdullah

Belanjawan Sarawak dijangka catat lebihan, AI dan infrastruktur luar bandar jadi tumpuan

Belanjawan Sarawak dijangka catat lebihan, AI dan infrastruktur luar bandar jadi tumpuan

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar