Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

SHAH ALAM – Selangor menyasarkan sekurang-kurangnya 80 pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 yang bakal berlangsung dalam tempoh 19 hari lagi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sasaran itu disandarkan kepada persiapan rapi kontinjen negeri yang akan dibarisi 1,029 anggota terdiri daripada 838 atlet dan 191 pegawai pasukan.

Katanya, kontinjen Selangor akan mengambil bahagian dalam kesemua 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya berkenaan.

“Dengan persiapan rapi dan semangat juang yang tinggi, Selangor optimis untuk meneruskan kecemerlangan dengan sasaran 80 pingat emas serta menjulang kejuaraan keseluruhan buat kali ke-10 di hadapan penyokong sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Selangor sebagai simbolik pelepasan kontinjen negeri ke temasya sukan terbesar negara itu.

Dalam pada itu, Amirudin berkata kontinjen Para SUKMA Selangor turut meletakkan sasaran 60 pingat emas, selain bertekad mencipta sejarah dengan muncul juara keseluruhan buat kali pertama.

Sebagai penghargaan terhadap pengorbanan dan pencapaian atlet, beliau berkata Kerajaan Negeri turut menyediakan insentif tambahan sehingga RM10,000 kepada setiap pemenang pingat emas.

Katanya, insentif tambahan juga akan diberikan sekiranya Selangor berjaya muncul sebagai juara keseluruhan.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri turut meneruskan Program Bapa Angkat Pasukan Kontinjen Negeri Selangor membabitkan Ahli Dewan Negeri (ADUN), pihak berkuasa tempatan (PBT), Pejabat Daerah dan Tanah serta anak syarikat kerajaan negeri.

Menurutnya, program itu bertujuan memperkukuh aspek kebajikan atlet selain memastikan segala persiapan kontinjen berjalan lancar sepanjang penyertaan mereka.

Beliau pada masa sama menyeru seluruh rakyat Selangor memberikan sokongan kepada atlet negeri sepanjang temasya berlangsung.

“Sorakan dan semangat daripada rakyat pasti menjadi pembakar semangat untuk mereka memberikan persembahan terbaik demi mengharumkan nama Selangor di bumi sendiri,” katanya.

Related Posts

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

MANCHESTER United meraikan kepulangan ke Liga Juara-Juara Eropah selepas tiga musim dengan kemenangan 4-0 ke atas juara Azerbaijan, Sabah. Matheus Cunha, Bruno Fernandes, Benjamin Sesko dan Lisandro Martinez menjaringkan gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan