Media terus jadi rakan strategik sebar aspirasi SMJ 2.0

KOTA KINABALU – Pengamal media di Sabah diharap terus menjadi rakan strategik kerajaan dalam menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat, khususnya berkaitan pelaksanaan inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Pengerusi Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ), Datuk Rosmadi Datu Sulai berkata, hubungan erat antara Sekretariat Sabah Maju Jaya dan pengamal media amat penting bagi memastikan aspirasi serta dasar pembangunan kerajaan negeri dapat disampaikan secara berkesan.

Menurut Rosmadi, kerjasama itu akan terus diperkukuhkan dalam pelaksanaan SMJ 2.0, sekali gus memastikan rakyat sentiasa menerima maklumat yang tepat mengenai usaha kerajaan membangunkan Sabah.

“Hari ini kita mengadakan satu program bersama pengamal media daripada pelbagai sektor di Sabah supaya hubungan antara Sekretariat Sabah Maju Jaya dengan pengamal media di negeri ini terus diperkukuhkan.

“Dengan hubungan yang erat ini, kita dapat menyebarkan maklumat yang diperlukan oleh rakyat dengan lebih berkesan.

“Saya merakamkan penghargaan kepada semua pengamal media yang selama ini membantu menyampaikan aspirasi kerajaan negeri menerusi pelan pembangunan Sabah Maju Jaya.” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan program Team Building Media Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) 2026 bersama-sama pengamal media daripada pelbagai agensi di Sabah, pada Sabtu.

Tambahan beliau , dalam SMJ 2.0, media akan terus bersama-sama kami menyebarluaskan aspirasi kerajaan untuk membangunkan dan menjadikan Sabah sebuah negeri yang makmur, sejahtera, aman dan damai.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula