PRN Negeri Sembilan: 14 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka

SEREMBAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Sembilan membuka 14 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 (PRN16) setakat semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata jumlah itu termasuk lima kertas siasatan yang dibuka berhubung kesalahan melakukan khianat hingga menyebabkan kehilangan atau kerugian harta benda.

Beliau berkata, tiga kertas siasatan dibuka semalam mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan, membabitkan kesalahan khianat dengan api, manakala dua lagi mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan yang dibuka semalam membabitkan dua laporan polis di Gemas, Tampin berkait insiden bendera parti dibakar serta gegantung dirosakkan, manakala satu laporan di Titi, Jelebu, kes papan iklan dikoyak dan dirosakkan.

“Secara kumulatif dari 18 hingga 25 Julai, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Sembilan menerima 28 laporan berkaitan kesalahan pilihan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alzafny berkata, daripada keseluruhan 28 laporan berkaitan kesalahan pilihan raya yang diterima dalam tempoh berkenaan, 14 daripadanya membawa kepada pembukaan kertas siasatan.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, sebanyak 94 daripada 95 permohonan permit bagi penganjuran ceramah serta aktiviti kempen diterima dan diluluskan semalam.

Katanya, jumlah keseluruhan permit yang diluluskan setakat ini ialah 416.

Beliau berkata, PDRM akan terus mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan, pemantauan dan penguatkuasaan sepanjang tempoh berkempen bagi memastikan semua pihak mematuhi undang-undang.

“Orang ramai dinasihatkan terus mematuhi undang-undang, menghormati proses demokrasi serta memberikan kerjasama kepada PDRM bagi memastikan pilihan raya berlangsung secara aman, harmoni dan teratur,” katanya.

Pengundian awal PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada Selasa ini, manakala hari mengundi pada 1 Ogos.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah