Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil

SEREMBAN – Pas didakwa menggunakan penyatuan Melayu sebagai modal politik bagi mendapatkan kuasa dan meraih sokongan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Setiausaha Agung AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil berkata, rakyat tidak seharusnya terpedaya dengan naratif tersebut sedangkan parti itu tidak mempunyai sebarang tawaran kepada rakyat.

“Untuk mereka mendapat kuasa dan menjadi kerajaan, mereka menggunakan penyatuan umat Melayu ini sebagai ‘candu’ untuk menipu kita.

“Jadi, jangan kita tertipu kerana mereka tidak ada apa-apa pun untuk ditawarkan kepada rakyat.

“Sebut tentang penyatuan umat Melayu, apa tawaran untuk menyelesaikan kemiskinan Melayu? Tiada. Apa tawaran untuk menyelesaikan masalah ekonomi, pendidikan dan sosial? Tiada. Tetapi yang mereka bicarakan hanyalah tentang penyatuan Melayu,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi di sini semalam.

Muhammad Faiz turut mendakwa bahawa Pas sebenarnya yang menjadi punca perpecahan orang Melayu.

Jelasnya, ia terbukti apabila parti itu cuba bekerjasama dengan parti-parti lain sebelum ini, namun akhirnya berpecah.

“Mereka bercakap tentang penyatuan Melayu, tapi merekalah pemecah orang Melayu. Dulu berkawan dengan Bersatu kemudian bergaduh, selepas itu berkawan pula dengan UMNO.

“Jadi nampak tak permainan Pas yang memecahkan orang Melayu. Sebenarnya ini bukan penyatuan Melayu tetapi perpecahan Melayu,” katanya.

Tambahnya, Pakatan Harapan (PH) merupakan gabungan yang ikhlas mahukan penyatuan Melayu, bukannya di bawah Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Ujarnya, mereka merupakan gabungan yang sentiasa menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam, selain dipimpin oleh pemimpin Melayu beragama Islam.

“Insya-Allah, PH akan sentiasa menjaga Melayu dan Islam. Datuk Seri Anwar Ibrahim Melayu, Datuk Mohamad Sabu Melayu, saya pun Melayu dan calon-calon PRN pun Melayu.

“Apa yang kita tidak bawa tentang Melayu? Kita juga mahu Melayu bersatu. Tetapi bukan Melayu sahaja, sebaliknya perlu bersama kaum Cina dan India dalam negara ini,” katanya.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit