Isu hubungan politik di semenanjung tidak libatkan BN Sabah – Suhaimi

SANDAKAN – Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir mengakui hubungan antara Barisan Nasional (BN), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Semenanjung ketika ini dilihat melalui pelbagai fasa, namun menegaskan keadaan itu tidak memberi kesan kepada pendirian BN di Sabah.

Suhaimi berkata, BN Sabah kekal berpegang kepada keputusan yang telah dipersetujui bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta terus menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor.

“Memang betul. Sejuk, dingin, panas. Di Sabah kita hanya kekal kepada apa yang telah diputuskan oleh GRS. Kita akan ikut kepimpinan Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

“Soal di Semenanjung, biarlah mereka uruskan,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan Sesi Dialog Ahli Parlimen Bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan Masyarakat Kampung (Kg) Gum-Gum, di Dewan Gum-Gum Batu 16 Sandakan, di sini pada Ahad.

Suhaimi berkata, pembentukan Kerajaan Persekutuan adalah berdasarkan titah Yang di-Pertuan Agong, justeru tidak timbul isu mengenai keperluan untuk bergabung dengan mana-mana pihak.

“Mereka yang mungkin bertegang, itu melibatkan gabungan di negeri-negeri. Kerajaan Persekutuan pula dibentuk atas arahan Yang di-Pertuan Agong.

“Jadi tidak ada isu mengatakan kita harus bergabung dengan siapa kerana sebelum ini pun tiada gabungan yang memperoleh majoriti mutlak,” katanya.

Mengulas sama ada terdapat sebarang masalah melibatkan hubungan dengan Hajiji, Suhaimi menafikan perkara itu.

“Tiada isu. ‘No comment’. Kita bersedia sahaja, itu sahaja” katanya.

Related Posts

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

AYER KEROH – “Biar habis persidangan DAP dahulu,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu adalah reaksi ringkas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai keputusan Persidangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

AYER KEROH –  Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari diberi mandat penuh dalam menentukan strategi dan gerak kerja parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari