Biro Kebajikan PKR Tawau agih pakaian ‘bundle’ percuma

TAWAU – Biro Kebajikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tawau menyediakan pakaian ‘bundle’ secara percuma khusus kepada anggota cabang sebagai inisiatif kebajikan bagi membantu meringankan beban mereka.

Ketua Cabang PKR Tawau, Fung Thin Yein berkata, inisiatif itu secara tidak langsung memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti parti.

“Selain kepada anggota parti, kami juga memberi pakaian ini kepada penduduk yang memerlukan sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat setempat seperti di Kampung Serudung.

“Ini menjadi ruang kepada kami untuk mendengar sendiri pandangan dan keperluan penduduk agar usaha kebajikan yang dilaksanakan terus memberi manfaat kepada komuniti,” katanya ketika dihubungi, pada Isnin.

Menurut Fung, mereka yang mahu mendapatkan pakaian boleh ke Pejabat PKR Tawau di Jalan Sin Onn Tiku setiap Isnin hingga Sabtu, pukul 10 pagi sehingga 4 petang.

“PKR Cabang Tawau komited memperkasa pelbagai program kebajikan dan mendekati masyarakat akar umbi,” jelasnya.

Program agihan ke kawasan perkampungan itu turut dilaksanakan dengan bantuan Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan.

Related Posts

Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

PENGAMPUNAN bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak disifatkan memberi ‘bola tanggung’ kepada Pakatan Harapan (PH) untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

KENYATAAN Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menyerahkan kepada ahli parti itu sama ada mahu menyumbang kepada tabung bagi membantu Datuk Seri Najib Razak membayar denda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan