Johor miliki kemampuan jadi ‘Shenzhen Asia Tenggara’

JOHOR BAHRU – Johor memiliki segala potensi untuk muncul sebagai ‘Shenzhen Asia Tenggara’ menerusi pembangunan ekonomi yang lebih seimbang, inklusif dan menyeluruh, sekaligus mengurangkan kebergantungan rakyat terhadap peluang pekerjaan di Singapura.

Ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari berkata, gagasan itu bukan bertujuan meletakkan Johor bersaing dengan Selangor atau mana-mana negeri lain, sebaliknya sebahagian daripada visi membentuk rangkaian negeri maju yang saling melengkapi bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Menurutnya, jika Selangor mampu memainkan peranan sebagai ‘Tokyo’, Johor pula mempunyai segala kelebihan untuk berkembang sebagai ‘Shenzhen Asia Tenggara, memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai kuasa ekonomi serantau.

“Maksud Johor sebagai Shenzhen dan Selangor sebagai Tokyo adalah untuk kepentingan negara. PH bukan ingin bersaing dan mengalahkan negeri lain.

“Tetapi kita meraikan persaingan sihat supaya semua negeri maju yang kemudian akan memajukan Malaysia,” katanya ketika berucap pada pelancaran manifesto PH Johor bertemakan Cita Sempurna Johor, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, visi menjadikan Johor sebagai Shenzhen bukan sekadar slogan, tetapi berpaksikan realiti bahawa negeri itu memiliki keluasan tanah hampir tiga kali ganda berbanding Selangor, kedudukan strategik serta potensi besar untuk menjadi hab perindustrian, teknologi dan pelaburan.

Bagaimanapun, beliau yang juga Naib Presiden PKR menegaskan, potensi itu masih belum dimanfaatkan sepenuhnya apabila kira-kira 400,000 rakyat Johor masih berulang-alik ke Singapura setiap hari bagi mencari pekerjaan.

“Johor sebagai Shenzhen ini adalah supaya rakyat Johor tidak terpaksa berulang-alik ke Singapura setiap pagi dan malam.

“Itu yang dibuat oleh penduduk Shenzhen untuk ke Hong Kong. Kita mahu rakyat Johor membina masa depan mereka di negeri sendiri, bukan terus bergantung kepada ekonomi negara jiran,” katanya.

Beliau berkata, bagi merealisasikan visi berkenaan, Johor memerlukan perancangan pembangunan yang lebih menyeluruh merangkumi peningkatan infrastruktur, kemudahan asas serta pengagihan pembangunan ekonomi ke seluruh negeri.

Tambahnya, rangkaian jalan raya baharu perlu dibina, sistem pengangkutan awam termasuk bas perlu diperluaskan, manakala kapasiti loji rawatan air perlu dipertingkat bagi menampung pertumbuhan penduduk serta pelaburan baharu.

“Pembangunan industri tidak boleh terus tertumpu di Johor Bahru kerana daerah lain juga mempunyai potensi besar untuk berkembang. Jalan baharu perlu dibina.

“Bas pengangkutan awam wajar diperbanyakkan. Loji rawatan air harus dinaik. Industri baharu perlu ditarik ke Mersing dan Batu Pahat. Jangan semua terkumpul di Johor Bahru,” katanya.

Amirudin berkata, pembangunan Johor juga perlu memastikan manfaat ekonomi dirasai penduduk di semua daerah termasuk Batu Pahat, Muar, Pontian, Mersing, Segamat dan Kota Tinggi, bukannya hanya kawasan sekitar ibu negeri.

Menurut beliau, pendekatan itu selaras dengan aspirasi Cita Sempurna Johor yang memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi bermaruah, penyediaan peluang pekerjaan berkualiti, perumahan mampu milik, pendidikan, kesihatan serta pembangunan modal insan.

“Johor bukan sekadar pintu masuk ke Singapura. Negeri ini mempunyai segala kekuatan untuk menjadi sebuah pusat pertumbuhan ekonomi yang mampu menyediakan pekerjaan berkualiti dan meningkatkan taraf hidup rakyatnya sendiri.

“Insya-Allah, jika diberikan peluang, kita mahu membangunkan Johor sebagai negeri paling maju di Malaysia, ibarat Shenzhen Asia Tenggara,” katanya.

Related Posts

Belanjawan 2027 pemangkin ekonomi bernilai tinggi

PUTRAJAYA –  Belanjawan 2027 perlu dimanfaatkan sebagai pemangkin transformasi ekonomi negara menerusi pengukuhan kedudukan fiskal, reformasi hasil yang lebih cekap serta penarikan pelaburan berkualiti tinggi bagi mempercepatkan peralihan Malaysia ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎PJRM rekod hampir 31.85 juta transaksi setakat 23 September ‎

PAPAR – Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) merekodkan 31,849,641 transaksi bagi tempoh 1 Januari hingga 23 September lalu, selepas jumlah transaksi program itu menunjukkan peningkatan ketara sejak diperkenalkan pada 2023.‎Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM