Manifesto PH bukan syok sendiri, lahir dari suara rakyat

JOHOR BAHRU – Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang diluncurkan, pada Jumaat bukan dokumen politik yang disediakan secara syok sendiri, sebaliknya lahir daripada suara dan keluhan rakyat di seluruh negeri itu.

Calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik berkata, manifesto bertemakan Johor Untuk Semua itu dibina berdasarkan realiti kehidupan rakyat Johor, termasuk anak muda, ibu bapa muda, pekerja yang berulang-alik ke Singapura, usahawan kecil, warga FELDA, penduduk desa dan bandar serta golongan orang kurang upaya (OKU).

Menurut beliau, PH membawa tekad kolektif yang berpaksikan harapan rakyat Johor untuk melihat sebuah kerajaan negeri yang lebih cekap, bersih, rendah diri dan benar-benar peduli terhadap nasib rakyat.

“Hari ini kita melancarkan sebuah tekad kolektif yang lahir daripada harapan segenap rakyat Johor. Manifesto ini bukan disediakan secara syok sendiri di dalam bilik berhawa dingin semata-mata.

“Ia lahir dari suara rakyat kerana Pakatan Harapan merupakan parti rakyat, membawa suara rakyat, hidup bersama dengan derita rakyat dan membawa keluh kesah rakyat,” katanya semasa membentangkan 10 tawaran utama Johor Untuk Semua, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Maszlee berkata, manifesto itu turut mengambil kira keresahan anak muda Johor yang masih mencari pekerjaan dengan gaji lebih baik tanpa perlu melintasi Tambak Johor seawal jam 5 pagi.

Jelasnya, ia juga lahir daripada suara ibu bapa muda yang semakin sukar memiliki rumah pertama, usahawan kecil yang mahu berkembang serta pekerja yang setiap hari berulang-alik ke Singapura demi mencari rezeki lebih baik.

“Gagasan Johor Untuk Semua membawa mesej bahawa pembangunan negeri tidak boleh hanya dinikmati oleh kelompok tertentu. Sebab itu, manifesto ini temanya amat jelas, Johor Untuk Semua.

“Johor bukan untuk segelintir. Johor bukan untuk kroni. Johor bukan untuk golongan kayangan. Bukan juga Johor yang maju di satu sudut tetapi ketinggalan di tempat-tempat lain,” tegas mantan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu.

Tambahnya, PH mahu memastikan kemajuan Johor dikongsi secara adil, dirasai oleh rakyat biasa dan masa depan negeri dijamin untuk semua lapisan masyarakat.

Maszlee berkata, manifesto PH Johor dibina atas empat tiang utama yang menjadi asas kepada kehidupan rakyat, bermula dengan pekerjaan bermaruah.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan Ketua Cabang PKR Simpang Renggam itu berkata, PH tidak mahu anak-anak Johor terus meninggalkan negeri sendiri hanya kerana tiada peluang pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan mereka.

“Kita mahu mereka membina masa depan di negeri mereka sendiri. Tiang kedua ialah rumah mampu milik, dengan komitmen memastikan impian rakyat Johor, khususnya pasangan muda dan keluarga muda, untuk memiliki kediaman sendiri dapat direalisasikan.

“Tiang ketiga ialah kehidupan sejahtera, merangkumi usaha memastikan kemajuan ekonomi diterjemahkan kepada kos sara hidup yang lebih terkawal, pendidikan yang lebih baik, kesihatan lebih terjamin, pengangkutan lebih mudah serta infrastruktur yang selamat dan mensejahterakan rakyat.

“Tiang keempat pula ialah kerajaan berintegriti, yang menurut beliau menjadi syarat penting bagi memastikan hasil negeri benar-benar kembali kepada rakyat. Tanpa integriti, sebesar mana pun hasil negeri, rakyat tidak akan benar-benar menikmati manfaatnya,” katanya.

Related Posts

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

KUALA LUMPUR — Tabung Haji (TH) kekal kukuh dengan jumlah aset RM98.58 bilion berbanding liabiliti RM95.63 bilion, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk Kerajaan Persekutuan mengambil langkah konkrit dan holistik yang boleh dilaksanakan menerusi Belanjawan 2027 bagi menangani penghijrahan doktor daripada sistem kesihatan awam yang semakin membimbangkan. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM