Maszlee ambil berat selesaikan masalah banjir, warga asing di Kangkar Tebrau

JOHOR BAHRU – Masalah banjir yang menghantui penduduk di sekitar Kangkar Tebrau di sini setiap kali hujan manarik perhatian calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik untuk diselesaikan demi keselesaan penduduk.

Menurut calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa itu, beliau telah melakukan tinjauan di Kawasan terlibat dan mendapati anak sungai dan parit-parit di situ tidak diselenggara dengan baik.

Katanya, beliau akan mengajukan masalah anak sungai dan parit sekitar kawasan berkenaan kepada pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya.

“Saya dapati parit dan anak sungai tidak diselenggara, penuh dengan rumput apabila hujan lebat, air akan naik.

“Lebih memburukkan, parit ini dekat dengan sekolah, dan waktu hujan lebat akan berlaku banjir di sekeliling sekolah berkenaan,” katanya menerusi laman Facebooknya, semalam.

Maszlee memberitahu, kehadirannya di situ untuk melakukan tinjauan mengenai keadaan parit dan anak sungai di sini kerana atas permintaan penduduk Kangkar Tebrau tentang masalah banjir yang sering berlaku apabila hujan.

“Mereka minta saya melihat saya telusuri apa sebabnya banjir berlaku dan saya dapati parit tidak diselanggara.

“Insya-Allah, perkara macam ini saya ambil berat, saya berterima kasih masalah dibawa oleh penduduk dan saya akan mengajukan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk membantu rakyat menyesaikan masalah ini,” katanya.

Berhubung dengan kebanjiran warga asing di sini, katanya, beliau turut mendapat aduan daripada penduduk yang mahukan penyelesaian.

“Kebanjiran warga asing di sini telah menimbulkan keresahan penduduk tempatan dan saya akan bincangkan agensi terlibat untuk cari jalan penyelesaian,” ujarnya.

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kuasai AI secara serius, jangan biar teknologi hakis nilai kemanusiaan dan prinsip hidup – PM

Kuasai AI secara serius, jangan biar teknologi hakis nilai kemanusiaan dan prinsip hidup – PM

Anak muda bukan hanya pemimpin masa depan, tetapi pemimpin masa kini – PM

Anak muda bukan hanya pemimpin masa depan, tetapi pemimpin masa kini – PM

59 peserta Tafaqquh Fiddin tamat pengajian

59 peserta Tafaqquh Fiddin tamat pengajian

‎Jawatankuasa khas banjir di Sepanggar dicadang – Mustapha ‎

‎Jawatankuasa khas banjir di Sepanggar dicadang – Mustapha ‎

‎RM10,000 disumbang jayakan Sambutan Maulidur Rasul 2026 di Kota Marudu

‎RM10,000 disumbang jayakan Sambutan Maulidur Rasul 2026 di Kota Marudu

‎Sukan MAKSUR perkukuh kerja berpasukan, tangani tekanan warga JPKA Sabah

  • By Fandi
  • October 3, 2026
‎Sukan MAKSUR perkukuh kerja berpasukan, tangani tekanan warga JPKA Sabah