‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026,

Meskipun tidak terpilih, Haniffam menegaskan komitmennya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat walaupun keputusan pilihan raya tidak memihak kepadanya.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik selepas keputusan PRN diumumkan, Haniff merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengundi di Pulai Sebatang.

“Khususnya 9,786 pengundi yang telah memberikan undi, sokongan, doa serta kepercayaan sepanjang tempoh kempen,” katanya

Menurut beliau, setiap sokongan yang diterima amat bermakna dan menjadi sumber kekuatan sepanjang perjalanan sebagai calon dalam menghadapi pilihan raya.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi N.54 Pulai Sebatang yang telah keluar menunaikan tanggungjawab dalam Pilihan Raya Negeri Johor 2026. Terima kasih yang tidak terhingga kepada 9,786 pengundi yang telah memberikan undi, sokongan, doa dan kepercayaan kepada saya sepanjang perjalanan ini,” katanya.

Haniff berkata, keputusan pilihan raya bukanlah noktah kepada usaha untuk terus menyantuni rakyat, malah beliau beriltizam meneruskan khidmat kepada masyarakat Pulai Sebatang demi kesejahteraan penduduk setempat.

Beliau turut berharap hubungan silaturahim dan ukhuwah yang terjalin sepanjang kempen akan terus diperkukuhkan, sekali gus menjadi asas kepada usaha bersama dalam membangunkan komuniti.

“Walau apa pun keputusan yang telah ditentukan, komitmen untuk terus berkhidmat kepada masyarakat Pulai Sebatang tidak akan terhenti. Semoga ukhuwah yang terjalin terus berkekalan demi kebaikan bersama,” katanya.

Mengakhiri kenyataannya, Haniff sekali lagi mengucapkan penghargaan kepada seluruh warga Pulai Sebatang atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan, sambil menyatakan harapan agar dapat terus bersama masyarakat dalam pelbagai bentuk khidmat pada masa akan datang.

“Terima kasih, Pulai Sebatang. Semoga kita bertemu lagi dalam khidmat kepada rakyat,” katanya.

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Terima keputusan PRN dengan hati terbuka, Elia Nadira tekad terus berbakti kepada rakyat Tenang

TENANG – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi NDewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Elia Nadira Sabudin menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hati yang terbuka sambil menyatakan rasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

  • By Ithma
  • September 7, 2026
MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah