Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat.

Anthony yang juga calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah memberi jaminan kepada komuniti itu tidak perlu bimbang dengan dakyah palsu itu dalam mencipta persepsi negatif terhadap PH.

Katanya, kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Anwar kekal komited meneruskan pembangunan dan kebajikan masyarakat Orang Asli termasuk melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

“Jangan percaya dakwaan bahawa peruntukan kepada Orang Asli akan dihentikan. Kerajaan akan terus membantu masyarakat Orang Asli.

“Ini sebagaimana yang dilaksanakan sekarang,” katanya ketika berucap pada program Minum Petang Bersama Perdana Menteri di Kampung Simpang Durian, pada Rabu.

Dalam pada itu, Anthony berkata, kedudukan orang Melayu dan Islam di negara ini tidak akan terjejas sekiranya PH terus diberi mandat mentadbir Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.

Beliau berkata, dakwaan kononnya orang Melayu akan kehilangan kuasa sekiranya PH menang hanya fitnah politik yang sengaja dimainkan untuk menimbulkan ketakutan dalam kalangan pengundi khususnya di kawasan luar bandar.

“Di kampung-kampung sekarang macam-macam cerita dimainkan. Ada yang kata kalau Pakatan Harapan menang, orang Melayu akan hilang kuasa.

“Ada pula yang kata Anthony Loke akan jadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Malah ada juga yang mendakwa Pakatan Harapan mahu mengganggu sistem adat dan institusi diraja.

“Semua ini tidak benar. Kalau PH menang di Chennah dan Negeri Sembilan, Perdana Menteri tetap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Negeri Sembilan tetap orang Melayu,” katanya.

Anthony berkata, rakyat tidak seharusnya dipengaruhi dengan kempen yang memainkan sentimen kaum dan agama semata-mata kerana perkara itu tidak membantu menyelesaikan masalah sebenar dihadapi masyarakat.

Sebaliknya, beliau berkata, pilihan raya sepatutnya menjadi medan untuk parti-parti politik membentangkan rekod pentadbiran, dasar serta perancangan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Kalau hendak berkempen, berkempenlah secara objektif. Jangan menakut-nakutkan rakyat dengan cerita yang tidak benar.

“Rakyat hari ini mahu tahu siapa yang boleh selesaikan masalah jalan, rumah, peluang pekerjaan, pendidikan anak-anak dan kos sara hidup. Itu yang lebih penting daripada menyebarkan fitnah,” katanya.

Related Posts

‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Terima keputusan PRN dengan hati terbuka, Elia Nadira tekad terus berbakti kepada rakyat Tenang

TENANG – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi NDewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Elia Nadira Sabudin menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hati yang terbuka sambil menyatakan rasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang