Hapus caj ATM RM1, langkah kecil beri impak besar kepada pengguna

SHAH ALAM – Pemansuhan caj RM1.00 bagi pengeluaran tunai antara bank di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan Smart Recycler Machine (SRM) yang bermula sejak semalam memberi kelegaan kepada pengguna dalam urusan pengeluaran wang tanpa mengira bank.

Menerusi tinjauan di pusat bandar Shah Alam, rata-rata pengguna menyifatkan ia permulaan yang baik dalam urusan perbankan.

Hayla Rashid, suri rumah, berpendapat pelaksanaan tersebut satu rahmat terutama kepada semua orang yang kerap menggunakannya.

“Pendapat saya, semestinya meringankan beban terutama bagi yang ada keperluan mengeluarkan duit di ATM berulang kali. Walaupun, ramai daripada kita menggunakan perbankan dalam talian namun bagi sesetengah pekerjaan yang memerlukan pengeluaran seperti gaji hari misalnya akan membebankan walaupun dinilai kecil, tetapi jika banyak kali, maka banyak juga pengeluarannya,” katanya kepada The Malaysia Press.

Bagi pekerja swasta, Muhammad Yahya pula, usaha tersebut sememangnya membantu terutama kepada mereka yang berada di pinggir bandar dan agak sukar mencari mesin ATM berdekatan.

“Bagus kerana ia memudahkan kita mengeluarkan tunai di mana-mana ATM berdekatan. Ini kerana kadang-kadang jarak mesin ATM yang jauh turut menyumbang kepada kos untuk menyelesaikan urusan,” katanya.

Kenyataan itu turut dipersetujui Mohd Dzikry Hussanin, pemandu e-hailing yang memuji pemansuhan caj RM1 itu.

“Walaupun saya belum cuba lagi setakat ini, bagi saya sebagai pengguna sangat bagus, kerana sebelum ini saya keluarkan dekat bank lain, caj tersebut agak membebankan. Lebih-lebih lagi, jika ada kecemasan,” katanya lagi.

Terdahulu, dalam kenyataan bersama, Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) bersama Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia (AIBIM) serta Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) memaklumkan langkah itu membolehkan pemegang kad debit di Malaysia mengakses lebih 14,000 mesin ATM dan SRM di seluruh negara tanpa mengira bank pengeluar kad.

Related Posts

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

SEPANG – Kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan jalan Persekutuan serta jalan negeri di sekitar Sepang dijangka siap pertengahan September ini, menjelang penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

KUCHING – Seorang lelaki tempatan yang memiliki enam rekod jenayah lampau akhirnya berjaya ditumpaskan oleh pihak polis dalam satu serbuan di kawasan Taman Eastern Park pada Isnin malam. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut