Rekod cemerlang Kerajaan MADANI beri nilai tambah kepada Pakatan Harapan – Penganalisis

PAKATAN Harapan (PH) berdepan serangan daripada pelbagai sudut menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, namun rekod pentadbiran Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi kekuatan utama gabungan itu dalam meraih keyakinan rakyat.

Felo Majlis Profesor Negara, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, cabaran terbesar kerajaan ketika ini ialah mengimbangi keperluan pembangunan setiap negeri yang mempunyai keutamaan berbeza.

Menurut beliau, Sabah dan Sarawak memerlukan sokongan pembangunan yang berterusan daripada Kerajaan Persekutuan, manakala beberapa negeri di Semenanjung seperti Kedah dan Kelantan juga memerlukan bantuan bagi mempercepatkan pembangunan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Sudah tentu bukan mudah untuk mengimbangi kehendak setiap negeri. Namun, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri telah berusaha melakukan yang terbaik berdasarkan kemampuan dan kedudukan kewangan negara,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, keutamaan kerajaan ketika ini adalah meningkatkan pendapatan negara dengan memperluaskan pasaran eksport bagi mengurangkan kebergantungan kepada pasaran tradisional.

Beliau berkata, ketidaktentuan dasar perdagangan Amerika Syarikat, khususnya ketika pentadbiran Presiden Donald Trump, mendorong Malaysia mencari pasaran baharu bagi produk tempatan.

“Lawatan rasmi Perdana Menteri ke luar negara bukan sekadar mengukuhkan hubungan diplomatik, sebaliknya bertujuan membuka lebih banyak peluang perdagangan untuk produk Malaysia.

“Lawatan ke Peru, Brazil dan beberapa negara di Afrika mencerminkan usaha kerajaan meneroka pasaran baharu yang mampu meningkatkan hasil negara,” katanya.

Tambahnya, peningkatan pendapatan negara akan membolehkan kerajaan menyalurkan lebih banyak bantuan serta memperluaskan pembangunan kepada negeri-negeri yang memerlukan.

Azmi turut berpandangan bahawa pencapaian itu diraih dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, selain konflik berterusan di Asia Barat yang memberi kesan kepada perdagangan dan pertumbuhan global.

“Kerajaan Perpaduan yang disokong pelbagai parti politik berjaya mengekalkan kestabilan pentadbiran dan melaksanakan dasar berteraskan Malaysia MADANI dalam suasana yang mencabar.

“Rekod pentadbiran inilah yang sewajarnya dinilai rakyat kerana ia menunjukkan kesungguhan kerajaan memastikan pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada manfaat yang dapat dinikmati oleh semua negeri dan rakyat,” katanya.

Related Posts

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) gagal mendapatkan perintah penangguhan sementara terhadap notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu sehingga permohonan semakan kehakiman didengar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GST: Pembangkang perlu kemuka idea bernas, bukan sekadar kritik kerajaan – Penganalisis

PEMBANGKANG yang mengkritik kerajaan berhubung cadangan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) perlu mengemukakan idea serta dasar alternatif yang bernas, bukannya sekadar mendesak tanpa menawarkan penyelesaian, kata penganalisis politik,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari