Langgar Akta Perikanan 1985, Maritim rampas 108 bubu naga haram di perairan Perak

KUALA KURAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas 108 unit bubu naga yang dipercayai dipasang secara haram dalam beberapa siri operasi penguatkuasaan di perairan Perak sepanjang minggu ini.

Rampasan itu membabitkan penggunaan peralatan menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, sekali gus dipercayai melanggar peruntukan Akta Perikanan 1985.

Pengarah Maritim Zon Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Hairil Othman berkata, operasi berkenaan dilaksanakan menerusi Op Sayong 1/2018, Op Khas Tanjung 2/2026 dan Op Tiris 4.0 dengan menggunakan aset Perkasa 1239 serta Benteng 03.

Menurut beliau, semua bubu naga yang dirampas telah dibawa ke Ibu Pejabat Zon Maritim Kuala Kurau untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

“Siasatan awal mendapati semua peralatan menangkap ikan itu dipercayai digunakan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, sekali gus melanggar peruntukan Akta Perikanan 1985.

“Pada 23 Jun lalu, pasukan operasi Perkasa 1239 berjaya mengesan dan merampas 68 unit bubu naga yang dipercayai dipasang secara haram di dua lokasi, iaitu 1.57 batu nautika di barat Ban Pecah dan 3.29 batu nautika di barat daya Kuala Gula.

“Pada 26 Jun pula, pasukan Benteng 03 merampas 40 unit lagi bubu naga yang ditemui di kedudukan 6.05 batu nautika di barat Kuala Gula serta 6.06 batu nautika di barat laut Kuala Gula,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mohd Hairil berkata, penggunaan peralatan menangkap ikan secara haram bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh mengancam kelestarian sumber perikanan negara dan merosakkan ekosistem marin.

Katanya, kegiatan itu turut memberi kesan kepada komuniti nelayan yang mematuhi undang-undang dan menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara sah.

“Maritim Malaysia akan terus mempergiat rondaan dan operasi penguatkuasaan di seluruh perairan negara bagi membanteras aktiviti perikanan yang menyalahi undang-undang, selain memastikan keselamatan perairan serta kelestarian sumber marin negara terus terpelihara,” katanya.

Foto: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Related Posts

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

TAWAU – Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud yang berlaku di Semenanjung Minahassa Sulawesi, Indonesia pukul 12.25 pagi tadi dirasai di beberapa kawasan Pantai Timur Sabah iaitu Kunak, Lahad Datu dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

  • By Fatin
  • August 16, 2026
Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa