Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa

KUALA LUMPUR – Cadangan kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) serta menggantikannya dengan akta baharu disifatkan sebagai langkah positif yang mampu membuka ruang demokrasi lebih luas kepada generasi muda, khususnya mahasiswa.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, berkata langkah itu wajar disokong kerana golongan mahasiswa perlu diberikan ruang lebih besar untuk terlibat dalam wacana demokrasi dan pembangunan negara.

Beliau berkata pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai perkara itu pada Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Melaka juga merupakan satu inisiatif positif.

“Golongan mudalah, lelaki dan wanita yang telah membangunkan Parti Keadilan, yang gigih mengibarkan idea dan panji-panji perjuangan reformasi sehingga Parti Keadilan tersebar ke seluruh negara,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurutnya, pemansuhan AUKU dilihat penting bagi memastikan golongan muda mempunyai ruang untuk menyuarakan pandangan serta terlibat dalam perkembangan politik dan sosial negara.

Beliau berkata, perkembangan politik semasa juga menunjukkan pentingnya usaha untuk mendekati semula generasi muda, termasuk dengan memberikan mereka lebih banyak ruang dalam institusi pendidikan tinggi.

Katanya, sejarah di beberapa negara turut memperlihatkan golongan muda menjadi antara penggerak utama perubahan, termasuk Gerakan 4 Mei di China, Sumpah Pemuda di Indonesia dan Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam di Tanah Melayu.

Sehubungan itu, Hassan berkata, keputusan kerajaan untuk memansuhkan AUKU dan menggantikannya dengan akta baharu perlu diberikan sokongan, khususnya daripada generasi muda.

“Jadi dalam konteks inilah maka keputusan Perdana Menteri Anwar Ibrahim selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat untuk memansuhkan AUKU itu perlu diberi sokongan terutama daripada kalangan generasi muda,” katanya.

Related Posts

60 penerbangan pembenihan awan dilaksana, rekod 90 peratus kejayaan

PETALING JAYA – Sebanyak 60 penerbangan bagi melaksanakan operasi pembenihan awan dilakukan di seluruh negara setakat Isnin lalu bagi menangani cuaca kering dan mengurangkan impak jerebu. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Syarat simpanan RM15,000 bukan bebanan, ukur kesiapsiagaan jemaah haji

PUTRAJAYA – Syarat simpanan minimum RM15,000 bagi bakal jemaah haji perlu dilihat sebagai langkah mengukur kesiapsiagaan kewangan, bukannya bebanan kepada rakyat terutamanya dalam memastikan pengurusan ibadah haji negara berjalan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nik Abduh bela Eric See-To, mana ketegasan Pas soal al-Quran?

Nik Abduh bela Eric See-To, mana ketegasan Pas soal al-Quran?

Barcola buktikan kehebatan, bantu Liverpool kenduri gol

Barcola buktikan kehebatan, bantu Liverpool kenduri gol

60 penerbangan pembenihan awan dilaksana, rekod 90 peratus kejayaan

60 penerbangan pembenihan awan dilaksana, rekod 90 peratus kejayaan

Syarat simpanan RM15,000 bukan bebanan, ukur kesiapsiagaan jemaah haji

Syarat simpanan RM15,000 bukan bebanan, ukur kesiapsiagaan jemaah haji

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan  Sabah

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi