Nelayan ditemukan lemas selepas tiga hari Ops Carilamat

GEORGE TOWN – Seorang nelayan lemas selepas terjatuh dari bot semasa melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan Pulau Betong di sini, Rabu lalu.

Mayat, Tang Chin Khoon, 51, dijumpai pada kedudukan 5.9 batu nautika barat Gertak Sanggul, kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Maritim Malaysia hari ini, mangsa ditemukan oleh komuniti nelayan pada hari ketiga operasi dan menyelamat (Carilamat) dijalankan.

“Pasukan Polis Marin (PPM) telah diatur gerak ke lokasi penemuan bagi menaikkan mayat tersebut ke darat. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jeti PPM Batu Uban untuk proses pengecaman oleh waris, sebelum dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Terdahulu, pasukan Maritim Malaysia telah mengaktifkan operasi Carilamat bagi mengesan seorang nelayan warga tempatan yang dipercayai terjatuh ke laut di perairan Pulau Betong, Khamis lalu.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli dilaporkan berkata, Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Negeri Pulau Pinang menerima maklumat awal berhubung kejadian pada pukul 10.15 malam (Rabu).

Related Posts

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

TAWAU – Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud yang berlaku di Semenanjung Minahassa Sulawesi, Indonesia pukul 12.25 pagi tadi dirasai di beberapa kawasan Pantai Timur Sabah iaitu Kunak, Lahad Datu dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

  • By Fatin
  • August 16, 2026
Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa

Siri I: Budaya tabayyun benteng rakyat hadapi lambakan maklumat media sosial – Shamrahayu

Siri I: Budaya tabayyun benteng rakyat hadapi lambakan maklumat media sosial – Shamrahayu

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM