Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

AYER KEROH – PKR perlu mengubah strategi penerangan bagi memastikan pelbagai kejayaan dan dasar kerajaan dapat difahami dengan lebih baik oleh rakyat khususnya perkara yang memberi kesan langsung terhadap kehidupan seharian.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pencapaian kerajaan dalam aspek makroekonomi sahaja tidak memadai sekiranya manfaatnya masih belum dirasai rakyat terutama berkaitan gaji dan kos sara hidup.

Menurut beliau, suasana itu menyebabkan emosi rakyat boleh mengatasi prestasi kerajaan sekali gus menuntut pendekatan penerangan yang lebih dekat dan mudah difahami masyarakat.

“Pencapaian seperti pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kadar pengangguran, perdagangan, rizab antarabangsa, hasil kerajaan dan pelaburan boleh disifatkan sebagai ‘ekonomi periuk’.

“Pencapaian kita tidak kurang dalam soal ekonomi periuk. Tetapi perkara yang dekat dengan rakyat adalah ekonomi perut sebelum sampai ke hati, ia perlu melalui perut. Dari perut, barulah sampai ke hati.

“Segala bahan yang baik dan kejayaan kerajaan mengumpulkan semua perkara yang baik ini masih belum sampai ke perut dan belum masuk ke hati rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Menurut Fahmi, isu gaji dan kos sara hidup merupakan antara perkara yang perlu diberikan perhatian bagi memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat daripada dasar dan pencapaian kerajaan.

Fahmi berkata, segala kejayaan yang telah dicapai kerajaan perlu diterjemahkan dalam bentuk yang lebih dekat dengan kehidupan rakyat supaya tidak hanya dilihat sebagai angka dan statistik.

“Pasukan penerangan PKR akan memperkukuh pendekatan dengan mengadakan lebih banyak ceramah kelompok berskala kecil tetapi dalam jumlah yang banyak bagi membolehkan maklumat disampaikan secara terus kepada rakyat.

“Siri jelajah penerangan itu sudah dimulakan di Klebang dan Sungai Udang pada malam tadi dan akan diteruskan dengan kerjasama pimpinan cabang serta sayap parti,” katanya.

Related Posts

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

KUALA LUMPUR — Kerajaan memandang serius kegiatan kecurian kabel, khususnya yang dipercayai didalangi sindiket, susulan kes berulang yang menjejaskan operasi pengangkutan awam. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

KUALA LUMPUR — Kerajaan sedang merangka tindakan jangka panjang bagi memastikan Malaysia bersedia menghadapi perubahan struktur demografi apabila negara dijangka menjadi negara sangat tua menjelang 2060.  Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM