Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU), di sini.

Baginda antara 40 peserta menamatkan latihan dan menerima Sayap Penerbangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang dikurniakan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, merangkap Kolonel Yang Dipertua TUDM, pada Istiadat Perbarisan Pengurniaan Sayap Penerbangan 2026 di Padang Kawad KTU, hari ini.

Selain Tengku Mahkota Pahang, sayap berkenaan turut dikurniakan kepada 39 pelatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), terdiri daripada 37 juruterbang muda dan dua jurusensor senjata-pejuang daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM, lapor Bernama.

Istiadat itu membabitkan pelatih daripada empat kursus penerbangan iaitu Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67(A)/26, Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67/25, Kursus Asas Penerbangan Siri 87/25 serta Kursus Asas Jurusensor Senjata-Pejuang Siri 01/25.

Tengku Mahkota Pahang mengikuti Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67(A)/26 dari 2 Jun hingga 31 Julai lalu menggunakan helikopter EC120B Colibri dan berjaya menyempurnakan serta lulus dengan cemerlang dalam beberapa penilaian penerbangan merangkumi Basic Handling Test, Instrument Flying Test, Final Navigation Test dan Final Handling Test.

Dalam istiadat itu, turut berlangsung pengurniaan enam anugerah kepada pelatih terbaik berdasarkan pencapaian dalam aspek penerbangan, akademik, disiplin dan kepimpinan.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris, berkata kejayaan Tengku Mahkota Pahang dan para pelatih lain menamatkan latihan adalah hasil ketekunan, semangat juang, ketahanan mental serta disiplin tinggi yang diterapkan sepanjang latihan.

Di sebalik setiap kejayaan, terdapat ibu bapa dan ahli keluarga yang tidak pernah putus berdoa, selain memberikan dorongan dan semangat sepanjang para graduan menempuh latihan.

“Pengurniaan Sayap Penerbangan bukanlah penamat kepada sebuah perjalanan. Sebaliknya, ia adalah permulaan kepada amanah dan tanggungjawab yang jauh lebih besar.

“Mulai hari ini, sayap yang tersemat di dada membawa bersama-samanya maruah, harapan dan kepercayaan perkhidmatan serta negara,” katanya ketika berucap pada istiadat berkenaan.

Muhamad Norazlan berkata, setiap pemakai sayap dituntut untuk sentiasa memartabatkan disiplin, integriti, keberanian dan kesetiaan dalam melaksanakan amanah serta mempertahankan kedaulatan ruang udara negara.

Beliau berkata dengan ilmu, kemampuan dan keperibadian yang diterapkan sepanjang latihan, kesemua mereka diyakini mampu melaksanakan setiap tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi demi agama, bangsa dan negara.

Related Posts

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

KUCHING – Usaha memacu literasi digital dan pemahaman tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan komuniti terus diperhebat menerusi penganjuran program AI Talks Edisi Ke-2 yang berlangsung di Atrium Utama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera