Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

TAWAU – Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud yang berlaku di Semenanjung Minahassa Sulawesi, Indonesia pukul 12.25 pagi tadi dirasai di beberapa kawasan Pantai Timur Sabah iaitu Kunak, Lahad Datu dan Tawau.

Tinjauan di media sosial mendapati, ramai penduduk berkongsi pengalaman merasai gegaran yang berlangsung selama kira-kira dua hingga tiga saat.

Rata-rata orang ramai meluahkan rasa terkejut dengan gegaran tersebut, namun keadaan dilaporkan kembali tenang sejurus selepas itu.

Seorang pengguna Facebook, Patric Ladom berkata, dia merasai gegaran menyangka dirinya pening sebelum menuedari berlaku gegaran.

“Patutla. Ada gegaran, saya ingat saya pening rupanya ada gempa tadi, ” katanya.

Seorang lagi pengguna, Daiyan Ariyani mendakwa gegaran yang dirasai kuat memandangkan ramai penduduk merasainya.

“Hampir semua terasa. Ertinya memang kuat juga ‘earthquake’ di Indonesia, “ujarnya.

Turut meluahkan kebimbangan dan merasai gegaran akibat gempa bumi, Fauziah Dawang yang tinggal di rumah atas air.

“Ya, memang terasa. Saya tinggal di atas air, jadi gegarannya lebih jelas,” kongsinya.

Menurut MetMalaysia, gempa berkenaan berlaku kira-kira 116 kilometer timur laut dari Palu, Indonesia, dengan kedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian berkenaan.

Orang ramai dinasihatkan supaya kekal tenang serta mengikuti maklumat dan perkembangan terkini daripada pihak berkuasa.

Related Posts

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

KUCHING – Kerajaan Persekutuan kini bertindak beralih kepada pendekatan tindakan awalan bagi menangani situasi jerebu yang melanda negara dengan lebih berkesan, disokong oleh peruntukan keseluruhan berjumlah RM5 juta bagi Operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

BAU – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta bagi pelaksanaan lima projek pembinaan baharu dan naik taraf Tamu Desa di Parlimen Mas Gading.   Menterinya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia