MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

Oleh: Aman Muhammad

ULASAN | Parti MCA mahu Menteri Besar Kedah keluarkan lessen judi semula.

Disiarkan di laman rasmi MCA, kenyataan rasmi yang mendesak Menteri Besar Kedah kembalikan semula lesen premis judi di Kedah dengan segera, serta mahu MB Kedah menghormati keputusan mahkamah.

Kenyataan dibuat dalam bahasa Cina, boleh gunakan kepintaran buatan (AI) untuk terjemah.

Justeru itu, kita kembali kepada persoalan utama, apa hukum ahli dan penyokong Pas undi MCA yang terang-terang sokong judi?

Apakah dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka nanti, Pas tetap akan arah ahli dan penyokong terus undi MCA yang sokong judi?

Berita itu disebar meluas oleh media portal berbahasa Cina seperti Shin Chew Daily, Oriental Daily, dan Kwongwah.

Hairan, kenapa Harakahdaily tidak mahu lapor berita ini?

Kenapa cytro-cytro Pas berbayar tidak mahu ‘up’ isu ini?

Lalu ia kembali kepada persoalan, apakah hukum Pas arah ahli dan penyokong undi MCA sebelum ini? Halal atau haram?

Kita orang Islam bukan lawan larangan judi. Tapi kita lawan pembohongan dan kemunafikan yang tunggang bab judi ni.

“Penyatuan Melayu-Islam” kini telah menjadi perisai kebal untuk MCA buat apa sahaja sebab Pas takkan marah langsung kat MCA

Kenapa MCA sudah mula berani begini?

Kerana MCA yakin mereka akan jadi kerajaan selepas ini.

Kerana MCA yakin, mereka akan menang banyak kerusi, dan DAP akan semakin berkurangan kerusi.

MCA yakin, dengan strategi ‘Penyatuan Melayu-Islam’, MCA akan menjadi parti yang paling mendapat keuntungan dan dapat tambah kerusi dengan mudah.

Di mana sahaja MCA bertanding nanti, MCA akan mendapat undi orang Melayu Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN). Bahkan, undi MCA pula akan dianggap undi untuk perjuangkan Islam.

MCA tidak perlu buat apa-apa untuk mendapatkan undi Melayu.

MCA hanya perlu senyum dan diam, biarlah Pas sahaja yang menyalak pasal DAP.

Penyatuan Melayu-Islam ini juga, sangat memberi kelebihan kepada MCA untuk bercakap apa sahaja tapi Pas tidak akan marah langsung kepada MCA.

Slogan “Asalkan bukan PH (Pakatan Harapan)” telah menjadi perisai yang sempurna untuk MCA. Apa sahaja MCA buat, DAP tetap dilihat lebih jahat daripada MCA oleh walaun.

Ya, PH memang kemungkinan besar akan kalah dan MCA kembali menjadi kerajaan. Namun apa yang lebih penting, apakah yang akan berlaku selepas PH kalah dan MCA kembali jadi kerajaan?

Jika melihat rekod terdahulu, sebaik sahaja MCA kembali menjadi kerajaan 33 bulan, cabutan judi telah dinaikkan semula kepada 22 cabutan.

Sedangkan cabutan judi diturunkan, hanya bila MCA tiada dalam kerajaan.

Jadi kembali kepada soalan utama, apakah hukum ahli dan penyokong Pas undi MCA yang sebenarnya ialah pihak terpaling mempertahankan judi?

Tiada seorang pun walaun mahupun ulamak Pas berani jawab setakat ini.

***Penulis adalah aktivis politik dan sentiasa melontarkan pandangannya di media sosial

Related Posts

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat dakwaan platform media sosial gagal menghalang penstriman langsung insiden serangan terhadap seorang guru wanita di sebuah sekolah antarabangsa di Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

JEREBU yang melanda negara-negara ASEAN telah berlarutan cukup lama. Hal ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan rakyat, malah turut menghambat aktiviti harian rakyat di pelbagai negara. Semuanya berpunca daripada kebakaran hutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi