PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

AYER KEROH – PKR tidak boleh menganggap keresahan yang wujud dalam kalangan masyarakat sebagai sentimen yang sengaja dicipta pihak tertentu, sebaliknya perlu memahami puncanya dan menawarkan penyelesaian bagi mendapatkan semula keyakinan rakyat.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, walaupun ada pihak yang didakwa mencipta sentimen untuk menanam ketakutan dalam kalangan masyarakat, pimpinan parti tidak boleh mengetepikan keresahan itu secara total.

Jelasnya, pendekatan berkenaan penting kerana prestasi baik pentadbiran Kerajaan MADANI tidak semestinya diterjemahkan kepada sokongan politik rakyat, seperti yang dapat dilihat menerusi keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor dan Negeri Sembilan.

“Dalam banyak kajian dikemukan kepada kita, Alhamdulillah, dapat melihat respon dari rakyat tentang prestasi pentadbiran Kerajaan MADANI sangat baik tapi mana kurangnya, kenapa rakyat di Johor dan Negeri Sembilan tak buat keputusan beri mandat kepada kita, keresahan yang wujud dalam kalangan masyarakat adalah real walaupun ada kelompopok cipta sentimen itu demi tanam ketakutan dalam diri masyarakat

“Namun, sebagai pemimpin kita boleh ketepikan secara total. Bagaiamana keresahan dapat tawarkan satu alternatif lain dengan beri keyakinan kepada mereka apa dikhabarkan kepada mereka dan pimpinan kita itu tak sekadar lebih propaganda untuk takutkan masyarakat sebab itu akhirnya daripada kita tanya semula diri kita.

“Apakah jadi ketua cabang ketua wanita ketua AMK secara automatik menjadi pemimpin….ke mana nak bawa kepimpinan. Ini persoalan harusa direnungi semula,” katanya dalam ucapan penggulungan sempena Kongress Nasional Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Dunia Melaka (MITC), pada Ahad.

Mengulas lanjut Muhammad Kamil berkata, PKR perlu menilai semula pendekatan politik parti dengan mencari punca keresahan rakyat sebelum menawarkan alternatif yang mampu memberikan keyakinan kepada mereka.

Menurut beliau, kegagalan memahami sentimen dan keresahan rakyat dikhuatiri menyebabkan parti berdepan laluan lebih sukar pada pilihan raya akan datang dan kerana itu perlunya parti memperkukuh gerak kerja akar umbi bagi memahami keresahan masyarakat, khususnya kelompok kecil di kawasan luar banda yang mudah dipengaruhi sentimen.

“Mereka mudah diperdaya dengan sentimen, namun kalau tiada ilmu, kesedaran dan persiapan diri kita untuk memimpin, saya bimbang kita akan berhadapan dengan laluan lebih sukar.

“Tugas kita bermula dengan mencari keresahan itu dan tawarkan penyelesaian. Ia kena bermula daripada kita semua di sini, akar umbi pimpinan, untuk mengisi keresahan dan kelompongan yang wujud dalam masyarakat,” katanya.

Related Posts

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

KETEGASAN dan ketenangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan berkaitan konflik Gaza, Israel dan Iran dalam satu wawancara bersama stesen televisyen India, Thanti TV baru-baru ini mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PUTRAJAYA – Langkah UMNO supaya Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) disegerakan perlu dipersoalkan sama ada benar-benar berlandaskan kehendak rakyat atau mempunyai motif tertentu. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera