Program Jom Tukar Topi Keledar: Terima kasih PMX, terima kasih Kerajaan MADANI!

PORT DICKSON – Rata-rata penerima manfaat menzahirkan rasa gembira dan penghargaan kepada Kerajaan MADANI serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas pelaksanaan Program Jom Tukar Topi Keledar yang diadakan sempena Program MADANI Kita (PMK) 2026 di sini, hari ini.

Inisiatif anjuran Kementerian Pengangkutan (MoT) dibawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkenaan memberi peluang kepada orang ramai menukar topi keledar lama kepada topi keledar baharu secara percuma, sekali gus membantu meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

Yogavelu Samutherem berkata, dia amat bersyukur kerana menerima topi keledar baharu yang dapat digunakan dengan lebih selamat dan selesa.

“Saya sangat berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian topi keledar ini. Topi keledar lama saya sudah lama digunakan dan agak usang, jadi bantuan ini amat bermakna untuk saya. Dengan adanya topi keledar baharu, saya dapat menunggang motosikal dengan lebih selamat dan selesa.

“Proses mendapatkan topi keledar ini juga mudah, hanya perlu menunjukkan dokumen yang diperlukan seperti lesen dan kad pengenalan. Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan kerana ia memberi manfaat kepada ramai penunggang motosikal, khususnya mereka yang memerlukan.

“Terima kasih kepada Kerajaan MADANI atas inisiatif yang sangat baik ini,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) pada Sabtu.

Seorang lagi penerima, Salamiah Yaacob berharap, program seumpama itu dapat diteruskan kerana membantu golongan yang memerlukan.

“Terima kasih kepada kerajaan sekarang. Kalau boleh benda tu dikekalkan, diteruskan. Setiap kali program, ada percuma tak kira helmet ke, makanan ke, kurang-kurangnya membantu orang yang susah.

“Perasaan tu teruja, gembira. Tak tahu nak cakap apa. Terima kasih Kerajaan MADANI. Sayang Anwar Ibrahim! Hidup Anwar Ibrahim! Bantu lagi selama-lamanya,” katanya.

Bagi Lim Fuen Kuan pula, bantuan yang diterima memberi kelegaan kerana dia tidak perlu mengeluarkan wang untuk membeli topi keledar baharu.

“Saya gembiralah, tak perlu beli topi keledar. Berbanyak terima kasih kepada kerajaan. Terima kasih Anwar!,” ujarnya.

PMK 2026 yang berlangsung pada 26 dan 27 Jun ini dihadiri lebih 2,000 orang komuniti setempat berbilang bangsa termasuk golongan muda.

Hadir pada program tersebut, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) kementerian, Datuk Bahria Mohd Tamil, Ketua Pengarah JKOM, Mohd Hisyamuddin Ghazali dan Setiausaha Politik Menteri Besar Negeri Sembilan, Norazman Mohamad.

Program tersebut berjdengan kerjasama Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Pada majlis sama, bantuan Bakul Rahmah MADANI turut disampaikan kepada penerima yang layak, manakala Persatuan Belia Kampung Pachitan menerima sumbangan daripada Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) berjumlah RM5,000 yang disampaikan dalam bentuk replika cek.

Sementara itu, Penolong Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Siti Zulaiha Basharuddin berkata, program berkenaan dilaksanakan menerusi konsep pertukaran topi keledar lama kepada topi keledar baharu yang memenuhi piawaian keselamatan ditetapkan.

Menurut beliau, sebanyak 500 topi keledar disediakan sepanjang program itu, merangkumi 450 unit untuk dewasa dan 50 unit untuk kanak-kanak.

“Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia dengan kategori kanak-kanak berumur 5 hingga 9 tahun, manakala topi keledar dewasa adalah untuk individu berusia 16 tahun ke atas,” katanya.

Beliau berkata, sambutan yang diterima amat memberangsangkan apabila jumlah pengunjung yang hadir melebihi kuota topi keledar yang disediakan walaupun program bermula seawal jam 8.30 pagi.

Katanya, matlamat utama program itu adalah untuk meningkatkan kesedaran penunggang motosikal mengenai kepentingan menggunakan topi keledar yang mematuhi piawaian keselamatan SIRIM.

Beliau turut menyeru semua pengguna jalan raya, khususnya penunggang motosikal, supaya sentiasa memakai topi keledar yang mematuhi piawaian keselamatan bagi melindungi diri dan mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.

Related Posts

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

KENINGAU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mahu Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah Kecil sentiasa mengamalkan budaya kerja yang responsif, proaktif dan berintegriti serta berani mengambil pendekatan baharu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

KENINGAU – Kerajaan Sabah memperuntukkan hampir RM1 bilion tahun ini bagi pembangunan sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan yang terus menjadi antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri. Ketua Menteri Sabah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian