PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik secara terbuka menyahut pelawaan untuk berdebat dengan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Maszlee yang diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Puteri Wangsa berkata, keputusan dibuat atas dasar menghormati demokrasi serta kepercayaan bahawa ruang perdebatan boleh dimanfaatkan untuk memperkukuh kematangan politik dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata, pelawaan berkenaan mendapat perhatian ramai dengan pelbagai pihak menghubunginya bagi mendapatkan pengesahan berhubung penyertaannya dalam debat terbabit.

“Dengan segala rasa rendah diri dan hormat serta berpijak di atas latar dan prinsip demokrasi, saya menerima pelawaan atau cabaran ini.

“Insya-Allah kita bersama-sama menjadikan ruang debat atau dialog ini sebagai wahana untuk mendidik rakyat dan menjulang budaya politik matang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Cadangan penganjuran ‘Debat Perdana PRN Johor’ yang dilihat berpotensi menjadi antara tumpuan menjelang PRN Johor itu dicetuskan pempengaruh Muhamad Harris Nasril dan turut dikongsi di laman Facebook Redaksi.com, selepas Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan kesemua 56 calon mewakili PH, di Muar, semalam.

Pada PRN Johor kali ini, PH mempertaruhkan 20 calon mewakili PKR, 19 calon AMANAH dan 17 calon DAP.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon, manakala 7 Julai bagi pengundian awal dan 11 Julai sebagai hari pengundian.

Related Posts

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

KENYATAAN Presiden Pas dalam tulisan Minda Presiden bertajuk ‘Pas tidak pisahkan politik daripada Islam (Al-Din)’ yang menjelaskan keputusan menamatkan kerjasama dengan Bersatu atas alasan pelanggaran prinsip syariah, kemungkaran politik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN terima Wawasan, Pejuang sebagai komponen baharu, status Bersatu tidak dibincang

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mengumumkan kemasukan Parti Wawasan Negara (Wawasan) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sebagai parti komponen baharu gabungan itu selepas keputusan dicapai dalam mesyuarat tergempar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Video murid dibuli di Tenom tular, polis dan JPN Sabah siasat

Video murid dibuli di Tenom tular, polis dan JPN Sabah siasat