Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-149 hari ini menumpukan perbincangan terhadap pelbagai strategi bagi menangani ketidaktentuan global yang semakin mencabar susulan konflik yang berlarutan di Asia Barat dan kesannya terhadap ekonomi dunia.

Mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Parlimen itu turut membincangkan usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negara serta langkah mempercepat pelaksanaan inisiatif kerajaan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Anwar berkata, perhatian turut diberikan kepada pelaksanaan dasar dan inisiatif kerajaan secara lebih tersusun, cekap dan bersepadu.

“Penekanan turut diberikan kepada usaha memastikan setiap dasar dan inisiatif dilaksanakan secara lebih bersepadu, cekap dan berpaksikan kepentingan rakyat.

“Di samping itu, memperkukuh daya saing ekonomi, menarik pelaburan berkualiti serta menjamin kesejahteraan rakyat di seluruh negara,” katanya menerusi Facebook.

Selain isu ekonomi, katanya, mesyuarat berkenaan meneliti tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi fenomena El Niño yang dijangka memberi kesan kepada bekalan air, sektor pertanian dan keselamatan makanan negara.

“Perkara itu turut merangkumi langkah mitigasi bagi menghadapi risiko cuaca panas melampau dan jerebu yang berpotensi menjejaskan kehidupan rakyat serta aktiviti ekonomi,” katanya.

Menurut beliau, mesyuarat itu turut memberi tumpuan kepada pelbagai langkah kerajaan untuk memperkukuh dan memulihkan ekonomi negara susulan cabaran serta ketidaktentuan yang berpunca daripada konflik di Asia Barat yang memberi kesan kepada ekonomi global.

Tambahnya, semangat kerjasama yang dizahirkan dalam mesyuarat berkenaan mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk memastikan agenda pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Semangat kebersamaan dan kesepakatan yang dizahirkan menerusi mesyuarat itu akan terus memperkukuh hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri demi memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai secara menyeluruh oleh seluruh rakyat,” katanya.

Related Posts

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

KENYATAAN Presiden Pas dalam tulisan Minda Presiden bertajuk ‘Pas tidak pisahkan politik daripada Islam (Al-Din)’ yang menjelaskan keputusan menamatkan kerjasama dengan Bersatu atas alasan pelanggaran prinsip syariah, kemungkaran politik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Albert Tei hantar surat cabaran debat kepada KP JKOM

PUTRAJAYA – Ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei meminta Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali memberi kepastian berhubung penganjuran debat yang dicadangkan sebelum ini, termasuk menetapkan tarikh, masa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat