Hamzah kembali beraksi sebagai Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin secara rasmi kembali menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat yang berkuat kuasa pada 18 Jun lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, keputusan berhubung status Ketua Pembangkang itu dibuat berdasarkan Peraturan Mesyuarat 4A (3) selepas mengambil kira beberapa perkembangan sejak Mesyuarat Pertama lalu serta pemakluman yang diterimanya.

Johari memaklumkan, Hamzah merupakan Ketua Pembangkang sehingga 20 Mei 2026 sebelum jawatan itu diambil alih oleh Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mulai 21 Mei hingga 10 Jun 2026.

“Berdasarkan pemakluman yang telah saya pertimbangkan, saya memutuskan bahawa Yang Berhormat Larut mulai 18 Jun 2026 telah kembali menjadi Ketua Pembangkang.

“Saya mengucapkan penghargaan kepada Yang Berhormat Kemaman atas khidmat sebagai Ketua Pembangkang dalam tempoh tersebut dan mengalu-alukan Yang Berhormat Larut untuk kembali berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang,” katanya.

Johari berkata demikian ketika pemasyhuran Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Terdahulu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada 13 Jun lalu, mengumumkan pelantikan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang pada Konvesyen Reset Malaysia di Tapak Ekspo Kota Harmoni Tanah Merah.

Beliau berkata, Pas dan Gerakan Reset bersetuju mengekalkan Datuk Seri Hamzah sebagai ketua pembangkang.

Related Posts

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

ARAU – UMNO Perlis belum menutup pintu terhadap sebarang bentuk kerjasama politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), meskipun pendirian semasa akar umbi parti di negeri itu mahu bergerak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bercadang membuat laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung dakwaan keahlian parti itu dalam Perikatan Nasional (PN) gugur secara automatik susulan hasrat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Institusi keluarga yang kukuh asas perpaduan masyarakat desa

Institusi keluarga yang kukuh asas perpaduan masyarakat desa

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

  • By Fatin
  • August 10, 2026
Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari