Ahli Parlimen jangan ponteng Sidang Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengingatkan Ahli Parlimen agar tidak ponteng daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Beliau berkata, mana-mana Ahli Parlimen yang tidak dapat berada dalam sidang, perlu memaklumkan ketidakhadiran mereka kepada Speaker atau Setiausaha Dewan Rakyat.

“Saya juga memahami terdapat beberapa ahli Yang Berhormat yang tidak dapat hadir atas faktor tertentu seperti urusan rasmi, isu kesihatan, mahupun urusan peribadi.

“Sehubungan itu, saya meminta Yang Berhormat dapat memaklumkan kepada saya atau Setiausaha Dewan Rakyat sekiranya tidak dapat hadir persidangan Parlimen selaras peraturan mesyuarat 91, yang mana ketidakhadiran ini akan dicatitkan dalam penyata rasmi dewan.

“Hal ini bagi memastikan rakyat tidak menganggap Yang Berhormat ponteng semasa sidang Dewan Rakyat,” katanya ketika mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat yang bermula, pada Isnin.

Dalam pada itu, Johari turut merakamkan ucapan takziah kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri, atas pemergian suaminya, Datuk Kamil Misuari, pada Khamis lalu.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat atas pemergian suami pada Khamis.

“Kita berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat kepada Allahyarham serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh serta lagi beriman,” katanya.

Beliau juga mendoakan kesihatan serta kesejahteraan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) dan isterinya yang sebelum ini terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Media sebelum ini melaporkan, kenderaan dinaiki Zulkifli bersama isteri terbabit kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jelatang di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di sini, awal pagi, Sabtu lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.20 pagi ketika Zulkifli yang memandu Nissan Teana bersama isteri dalam perjalanan ke Selangor untuk menghadiri program Muslimat.

Related Posts

Dakwaan kebocoran data peribadi tular hanya insiden lama, tiada kaitan platform semasa

PUTRAJAYA – Dakwaan kebocoran data peribadi yang tular di media sosial merujuk kepada maklumat dipercayai berpunca daripada insiden keselamatan siber yang dilaporkan sebelum 2022, tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana platform…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pekeliling baharu JPA perkasa ketelusan, integriti penjawat awam

PUTRAJAYA – Pekeliling baharu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disifatkan langkah positif dalam mengimbangi hak penjawat awam membuat pelaburan yang sah dengan keperluan menjaga integriti serta mengelakkan konflik kepentingan. Presiden Pemerhati…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga diesel turun: Dasar berteraskan rakyat terus beri manfaat kepada pengguna

Harga diesel turun: Dasar berteraskan rakyat terus beri manfaat kepada pengguna

Kebun Bandar Kota Kinabalu harumkan nama Sabah di peringkat nasional

Kebun Bandar Kota Kinabalu harumkan nama Sabah di peringkat nasional

Sabah catat penurunan ketara kadar pengangguran kepada 5.5 peratus

Sabah catat penurunan ketara kadar pengangguran kepada 5.5 peratus

Wanita didenda RM80,000 ceroboh tanah kerajaan Pahang tanam durian

Wanita didenda RM80,000 ceroboh tanah kerajaan Pahang tanam durian

Ekonomi Malaysia kekal bertahan walau Selat Hormuz bergolak, KDNK tumbuh 5.4 peratus

Ekonomi Malaysia kekal bertahan walau Selat Hormuz bergolak, KDNK tumbuh 5.4 peratus

‘Pas buli Bersatu’, Dewan Rakyat kecoh pelantikan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang

‘Pas buli Bersatu’, Dewan Rakyat kecoh pelantikan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang