‘Pas buli Bersatu’, Dewan Rakyat kecoh pelantikan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR – Hari pertama Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 hari ini bertukar kecoh apabila isu pelantikan semula Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang mencetuskan pertikaman lidah antara blok kerajaan dan pembangkang.

Ketegangan bermula apabila Ketua Whip Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengucapkan selamat bersidang kepada semua Ahli Dewan Rakyat bagi tempoh 16 hari persidangan yang akan berlangsung.

Dalam ucapannya, beliau turut mempertahankan kedudukan Ahli Parlimen Larut sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dan menegaskan, pelantikan tersebut tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Sebagai Ketua Whip kumpulan pihak pembangkang, saya mengucapkan selamat bersidang kepada semua kita dalam 16 hari akan datang.

“Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia iaitu Yang Berhormat Larut bukanlah seorang ahli Parlimen bebas. Beliau adalah seorang ahli Parlimen dalam sebuah parti yang berdaftar dan perkara itu tidak bercanggah dengan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan itu mengundang reaksi Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong yang mempersoalkan pertukaran jawatan Ketua Pembangkang yang berlaku beberapa kali dalam tempoh singkat.

Menurut beliau, perubahan kepimpinan pembangkang tersebut mencerminkan ketidaksepakatan dalaman antara Pas dan Bersatu

“Kota Bharu, Ketua Pembangkang tiba-tiba tukar macam itu. Itu adalah pergaduhan antara Pas dengan Bersatu. Pas buli Bersatu, sebab itu Ketua Pembangkang tukar-tukar macam itu.

“Tiada standard, tidak profesional langsung,” katanya.

Kenyataan itu kemudian mencetuskan suasana riuh sebelum Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul mencelah secara berseloroh.

“Mungkin Kota Melaka datang lewat kot,” sindirnya yang mengundang gelak ketawa beberapa Ahli Parlimen.

Poay Tiong bagaimanapun segera membalas bahawa beliau telah berada di Dewan sebelum persidangan bermula.

“Saya datang sebelum pukul 10 pagi,” katanya.

Bagi meredakan keadaan, Johari kemudian menjelaskan, beliau telah meneliti segala dokumen berkaitan pelantikan Ketua Pembangkang sebelum membuat keputusan rasmi.

“Saya sudah jelaskan. Semua dokumentasi saya perhati dan saya perhalusi, dan saya sahkan Larut ialah Ketua Pembangkang. Jadi tiada soalan lagi,” tegas beliau.

Sebelum ini, jawatan Ketua Pembangkang menyaksikan beberapa perubahan dalam tempoh sebulan apabila Ahli Parlimen Larut memegang jawatan tersebut sehingga 20 Mei lalu sebelum digantikan Ahli Parlimen Kemaman bermula 21 Mei hingga 10 Jun.

Ahli Parlimen Larut kemudian kembali memegang jawatan berkenaan berkuat kuasa 18 Jun lalu.

Related Posts

AMK persoal pendirian BN tuntut 21 kerusi PRN Melaka

KUALA KANGSAR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mempersoalkan pendirian Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan 21 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021, sedangkan rundingan pembahagian kerusi dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

PUTRAJAYA – PKR tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada mana-mana ahli Parlimen parti itu. Ia sekali gus, menepis spekulasi yang bertiup kencang mengenai dakwaan seorang wakil rakyat PKR bakal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi