Pelebaran jalan Taman Sri Lagenda langkah positif, namun belum cukup atasi kesesakan – Vivian

SANDAKAN – Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee mengalu-alukan usaha kerajaan melaksanakan kerja pelebaran jalan di hadapan Taman Sri Lagenda berhampiran Sekolah St Monica, namun berpandangan projek itu perlu ditambah baik bagi menangani masalah kesesakan trafik secara menyeluruh.

Menurut Vivian, persoalan utama yang dibangkitkan penduduk adalah mengapa projek berkenaan hanya melibatkan pelebaran jalan dan bukannya dinaik taraf kepada jalan dua lorong dua hala (dual carriageway).

“Laluan tersebut kini menjadi antara jalan utama yang menghubungkan beberapa kemudahan penting termasuk lebih enam sekolah kerajaan, Kompleks Sukan Sandakan, Penjara Sandakan, dua pasar utama serta lebih 3,000 unit rumah kediaman.

“Selain itu, kawasan pembangunan strategik seperti Palm Oil Industrial Cluster (POIC) dan Sibuga dijangka meningkatkan jumlah trafik pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut Vivian, setiap pagi hingga petang, pengguna jalan raya berdepan kesesakan serius akibat kesan bottleneck di laluan itu dan pelebaran jalan mungkin memberi sedikit kelegaan, namun ia tidak menyelesaikan punca utama kesesakan.

Katanya, perancangan infrastruktur perlu mengambil kira keperluan 10 hingga 20 tahun akan datang selaras dengan pertumbuhan pesat kawasan perumahan, institusi pendidikan dan pembangunan ekonomi di Sandakan.

Sehubungan itu, beliau menyeru Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan menilai semula skop projek berkenaan dengan mempertimbangkan pembinaan jalan dua lorong dua hala sepenuhnya bagi mengurangkan kesesakan trafik secara lebih berkesan.

Dalam masa sama, beliau turut mencadangkan agar bulatan di kawasan tersebut dinaik taraf kepada sistem lampu isyarat bagi meningkatkan kelancaran aliran trafik terutama pada waktu puncak.

“Penduduk Sandakan berhak menikmati sistem jalan raya yang selamat, cekap dan mampu menyokong pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

“Infrastruktur yang dibina hari ini perlu mampu memenuhi keperluan generasi akan datang,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pembangunan Sandakan yang semakin pesat perlu disokong dengan kemudahan infrastruktur yang berkembang seiring dengan keperluan rakyat.

Related Posts

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

KUANTAN – Seorang anggota polis peronda ditahan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM14,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas pengguna Lebuh raya Pantai Timur 2 yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

GEORGE TOWN – Keadaan di lima daerah negeri ini dilaporkan terkawal dan tiada kecederaan mangsa dilaporkan susulan beberapa gegaran yang dirasai akibat gempa bumi kuat di Utara Sumatera, Indonesia semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera