355 mangsa kebakaran Kampung Bahagia terima bantuan KESUMA

SANDAKAN – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Human Resource Development Corporation (HRD Corp) serta MyKasih menyantuni seramai 355 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran Kampung Bahagia.

Timbalan Menteri KESUMA, Datuk Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata sumbangan berupa baucar RM300 serta RM500 yang dikreditkan ke dalam aplikasi MyKasih tersebut.

Katanya, inisiatif berkenaan bagi meringankan beban kewangan mangsa kebakaran selepas insiden kebakaran 19 April yang lalu.

“Selama saya di Batu Sapi, Kampung Bahagia cukup istimewa kerana begitu banyak sumbangan yang disalurkan bukan sahaja daripada pihak kerajaan.

“Malah daripada pihak-pihak Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Badan Bukan Kerajaan (NGO), individu perseorangan dan ramai lagi,” katanya semasa berucap pada Majlis Jalinan Kasih HRD Corporation di Dewan PPR Batu Sapi di sini, pada Ahad.

Menurut Khairul Firdaus, sumbangan tersebut meruapakan satu rezeki yang luar biasa buat penduduk kerana masih banyak pihak di luar sana yang mengambil berat dan mempunyai rasa belas kasihan buat mangsa kebakaran demi memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan seharian

Dalam pada itu, beliau menyambut baik usaha kerajaan negeri untuk menempatkan semula mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Bahagia.

“Setiap lot akan disediakan sekitar 4,000 kaki persegi serta beberapa sumbangan untuk memastikan mangsa kebakaran dapat mendirikan semula rumah di Kg. Bahagia.

“Cuma ada kisah sedih sedikit, bukan semua rumah dapat ditempatkan di Kampung Bahagia, kerana saiz yang disediakan cukup besar dan tidak memuatkan semua rumah yang terjejas.

“Yang paling penting, pembinaan semula Kampung Bahagia akan diisi semula kemudahan asas seperti air, elektrik, jambatan yang tersusun serta pembuangan sisa atau sampah yang sistematik agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang selesa,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih buat semua yang terlibat dalam menyantuni semua mangsa kebakaran Kampung Bahagia sejak dari awal insiden tersebut berlaku antaranya jabatan Kerajaan, NGO, GLC serta anggota keselamatan yang terlibat.

Related Posts

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

BATU PAHAT – Jenazah Allahyarham Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, 16, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Arshad, Yong Peng, di sini, kira-kira jam 7.50 malam tadi. Suasana pilu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

KLANG – Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di tepi Jalan Acob, Kapar, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

PRN Melaka: JKOM perhebat usaha bendung berita palsu

PRN Melaka: JKOM perhebat usaha bendung berita palsu

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja